TAHNIAH diucapkan kepada vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham yang baharu menyambut kelahiran anak keduanya pada 12 November 2025.
Si kecil diberi nama Nada Aurora dilahirkan seberat 3.85 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
Kini bergelar bapa kepada dua cahaya mata, Ayie atau sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, berkongsi foto keluarga kecilnya.
"Welcome to the world, our precious Nada Aurora. Mommy, daddy dan kakak love you adik!" kongsinya.
Terdahulu, Ayie berkongsi momen isterinya, Tasha Awie melahirkan permata hati mereka.
Dalam pada itu, penyanyi yang kini turut memuat naik video reaksi keluarga dan sahabat handainya saat mengetahui tentang khabar gembira keluarga di saluran YouTube miliknya, AETA Channel.
Sekadar info, Ayie dan Tasha melangsungkan perkahwinan pada berkahwin pada 20 Oktober 2021 selepas mengikat tali pertunangan pada Januari pada tahun yang sama.
Pasangan itu terdahulu dikurniakan anak sulung perempuan, Nayla Amanda yang kini berusia empat tahun.