Kualiti tinggi! Lamb Weston kentang goreng taraf restoran kini boleh dinikmati di rumah. 6 gaya potongan pikat selera

Iklan

SIAPA sahaja pasti menggemari kentang goreng! Anda kini boleh menikmati kentang goreng bertaraf restoran di rumah dengan Lamb Weston.

Membuat penampilan sulung runcitnya di Malaysia dengan enam gaya potongan kentang goreng istimewa, jenama terkenal itu tiba tepat pada Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan sekali gus membolehkan anda menikmati snek ringan ini bersama keluarga tersayang.

Iklan
Iklan

Berpegang dengan falsafah 'Kami Obses Kepada Kentang,  Lamb Weston dalam acara Rasa Bersama di Malaysia berkongsi perjalanan global jenama itu serta komitmen berterusan dalam membawakan kentang goreng berkualiti restoran ke dapur rakyat negara ini.

Iklan

Pengarah Komersial Asia Tenggara, Lamb Weston, Vicky Mukhi dalam perkongsiannya berkata, rakyat Malaysia sememangnya gemar berkumpul sambil menikmati hidangan yang enak dan kentang goreng antara sajian ringkas yang boleh dinikmati bersama. 

Sementara itu, Pengurus Komersial, Retail, Food Service Malaysia dan Singapura, Evelynn Ng memperkenalkan rangkaian baharu runcit Lamb Weston  yang direka untuk melengkapkan hidangan sebagai snek ringkas dan hidangan bersama keluarga.

Iklan

Enam variasi iaitu Twister Fries Seasoned, Waffle Fries Seasoned, Ziggy Fries Seasoned, Potato Dippers Natural, Rustic Fries Natural dan Grill Fries Salt & Pepper memiliki tekstur rangup serta boleh dimasak menggunakan ketuhar atau air fryer.

Difahamkan, semua produk berkenaan disahkan halal, vegan dan bebas gluten.

Sementara itu, Pengarah Kulinari Kiam Sng Di dan Naib Presiden Singapore Chef’s Association, Chef Elwin mengadakan demonstrasi masakan hidangan bertemakan perayaan.