Ayana Moon terima tawaran belajar di Universiti Oxford. ‘Demi lebih banyak ‘A’, lahirkan pemimpin Muslim’

Iklan

PEMPENGARUH dan model Ayana Jihye Moon berkongsi perkembangan terbaharu menerima tawaran  melanjutkan pelajaran di universiti berprestij, Universiti Oxford.

Dalam hantaran di Instagram, personaliti media asal Korea Selatan itu memuat naik tangkap layar kiriman e-mel rasmi daripada universiti berkenaan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Ayana ditawarkan tempat bagi program Sarjana Dasar Awam (Master of Public Policy).

"Alhamdulillah, saya berjaya masuk ke Oxford untuk ijazah kedua saya. 

Iklan

"Saya sudah kongsikan kegembiraan ini dengan keluarga serta rakan terdekat, dan kini saya mahu maklumkan kepada anda semua," kongsinya.

Ayana yang merupakan  mualaf dan kini menetap di Indonesia berkata dia akhirya membuat keputusan untuk menyambung pengajian di sana.

Iklan

"Sudah lama sangat saya ‘berlari’ tanpa henti dan saya sudah pun fikir masak-masak tentang macam-macam pilihan yang ada. 

"Tetapi selepas buat pertimbangan panjang, saya buat keputusan untuk mulakan episod baharu kehidupan di Oxford! 

"Demi kejar lebih banyak ‘A’ dan melahirkan lebih ramai lagi pemimpin Muslim. Insya-ALLAH, aamiin," titip Ayana.

Berusia 31 tahun, peragawati muslimah itu menganggap tawaran yang diterimanya sebagai satu lembaran baharu hidupnya untuk terus menimba ilmu.

Sumber: Instagram