LEGENDA kewartawanan Datuk Karam Singh Walia menghembuskan nafas terakhirnya pada pada 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang.
Memetik Bernama, pemergian bekas wartawan alam sekitar terkenal itu dimaklumkan oleh adiknya, Jasbant Singh yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad.
Mendiang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Media Prima selama 20 tahun bermula 1995 sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada 2014 kerana masalah kesihatan.
Menerusi laporan Awani pada tahun 2024, legenda itu terdahulu mengalami keuzuran akibat penyakit hati dan buah pinggang.
Pernah memenangi dua anugerah pada Anugerah Sri Angkasa 2004, Karam antara wartawan alam sekitar paling berpengaruh di Malaysia dan Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik selama empat tahun berturut-turut dari 2004 hingga 2007.
Sekadar info, mendiang dilahirkan pada 1959 di Teluk Intan, Perak dalam keluarga bekas anggota polis berketurunan Punjabi Sikh.
Beliau merupakan antara rakan media yang menerima manfaat daripada Tabung Kasih @HAWANA pada Jun 2024.
Sumber: Bernama, Awani