MEMANDANGKAN semakin ramai pengguna menggemari kopi sejuk, khususnya Gen Z, cara menikmati minuman ini kian berubah.
Kini, ia bukan sekadar tentang minuman, tetapi juga suatu pengalaman dan kebebasan personalisasi mengikut cita rasa sendiri.
Justeru, NESCAFÉ Espresso Concentrate dicipta khas untuk generasi baharu yang menghargai kreativiti, kemudahan dan ekspresi diri dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Bagi anda yang kreatif, kopi bukan sekadar minuman, tapi satu pengalaman peribadi yang boleh diolah ikut cita rasa sendiri.
Dihasilkan daripada biji kopi Arabica dan Robusta yang dipilih secara teliti, NESCAFÉ Espresso Concentrate menawarkan rasa yang kaya dan halus, namun padu dalam format yang memudahkan penyediaan kopi sejuk
Menariknya, Malaysia terpilih sebagai hab pengeluaran pertama di Asia untuk inovasi ini, sekali gus membuktikan betapa pentingnya selera peminat kopi tempatan dalam rangkaian inovasi global mereka.
Nak menyediakannya pun tersangatlah mudah, hanya perlu tuang, campur dan terus nikmati mengikut kreativiti masing-masing.
Sama ada anda mahukan latte ais yang berkrim, Americano yang pekat, ataupun nak cuba resipi unik macam kopi campur lemonade atau soda, semuanya boleh dibuat dalam sekelip mata tanpa cara yang rumit.
Bagi mereka yang kreatif, kopi bukan sekadar minuman, tapi satu pengalaman peribadi yang boleh diolah ikut cita rasa sendiri.
Bagi menghidupkan lagi konsep gaya hidup moden ini, NESCAFÉ telah menganjurkan majlis pelancaran yang cukup imersif di panggung wayang premium.
Apa yang menariknya, acara itu diserikan lagi dengan tayangan eksklusif filem The Devil Wears Prada 2.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, mereka mahu menawarkan tiga pilihan varian iaitu Black, Sweet Vanilla dan Velvet Mocha yang kini sudah tersedia di seluruh negara.