'Arwah baik sangat, jaga solat..." Pelajar UPM maut tersedut tangki air ketika intern, berikut kronologi kejadian 

Iklan

PEMERGIAN tragis seorang pelajar, Muhammad Adam Danish Mohd Anuar, 24, tular meruntun hati warga maya.

Allahyarham yang merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan sedang menjalani latihan industri lemas selepas dipercayai tersedut ke dalam tangki air ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kolam menara di Bandar Saujana Perdana di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Pelajar Tahun Empat Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersedut ke dalam sistem tangki berkenaan.

Akademi Sukan UPM menerusi laman sosial Facebook mengucapkan takziah atas pemergian atletnya. Allahyarham yang aktif dalam sukan bola baling dan merupakan bekas Exco Sukan dan Rekreasi Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan difahamkan akan dikebumikan di Pedas.

Iklan

"Dukacita dimaklumkan seorang atlet UPM, Muhammad Adam Danish bin Mohd Anuar dari Sukan Bola Baling telah meninggal dunia pada 16 Jun 2026. 

Iklan

"Arwah sedang menjalani latihan industri. Jenazah telah dibawa pulang dan dikebumikan di Pedas, Negeri Sembilan. Marilah sama-sama berdoa semoga arwah diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah," dalam kenyataan itu. 

Terdahulu, memetik Sinar Harian, kejadian berlaku pada pagi Isnin lalu di di Bandar Saujana Perdana, Sungai Buloh.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan menerima  panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.51 pagi. Berikut adalah kronologi berkaitan insiden memilukan tersebut:

1-Mangsa dipercayai tersedut ke dalam tangki air ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah kolam menara di Bandar Saujana Perdana.

2-Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tangki kolam menara sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

3-Ketua Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Cik Hamdan Hamzah berkata, pihaknya segera bertindak selepas menerima panggilan kecemasan.

Foto: Ihsan Astro Awani

4-Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bersama sebuah jentera FRT dan lima anggota tiba di lokasi pada jam 12.17 tengah hari.

5-Berdasarkan maklumat awal daripada pemanggil, mangsa dipercayai telah tersedut dan lemas di dalam tangki air berkenaan.

6-Anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja mengangkat dan menurunkan mangsa dari tangki tersebut.

7-Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

Sumber: Sinar Harian, Facebook, TikTok 1