‘Babah tak banyak cakap...' Hulur kain lap air mata, tindakan spontan Fauzi Nawawi di majlis kahwin anak raih perhatian

Iklan

BAPA tidak menunjukkan kasih sayang tetapi tindakannya sudah cukup membuktikan betapa mendalamnya rasa cinta seorang ayah.

Catatan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi, Muhammad Fikri Hakimi menjadi perhatian warganet.

Iklan
Iklan

Melalui satu hantaran di TikTok, Fikri ada berkongsi sekeping foto memori sewaktu majlis pernikahannya pada 23 Mei yang lepas.

Foto tersebut memaparkan momen Fauzi yang duduk di sisi Fikri yang gagal menahan air mata sejurus selesai akad nikah.

Iklan

Walaupun akui jarang bersembang, Fikri tetap menganggap lelaki itu seorang bapa yang sangat penyayang dalam caranya yang tersendiri.

Iklan

"Babah tak banyak bercakap. Tapi bila air mata aku jatuh lepas akad, dia hulurkan kain.

"Kadang-kadang kasih sayang seorang ayah bukan pada kata-kata, tapi pada perkara kecil yang membuat kita faham dia sentiasa ada, walaupun sedang belajar melepaskan," kongsinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui turut tersentuh melihat keakraban dua beranak itu dan menzahirkan ucapan tahniah buat Fikri atas perkahwinannya.

Sekadar info, hasil perkahwinan terdahulu Fauzi dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurul Hainil Fatihah, Hanna Faresha, Mohd Fikri Hakimi dan Muhammad Fareez Hazwan.

Fauzi kemudian mendirikan rumah tangga bersama aktres, Lisdawati pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Sumber: TikTok