Sayup suara minta tolong bongkar pendaki hilang 3 hari jatuh gaung Gunung Jerai, rupanya mendaki sendirian. Ini kronologi

Iklan

MALANG tidak berbau. Hasrat seorang lelaki untuk 'healing' menikmati keindahan alam bertukar menjadi detik cemas apabila dia dilaporkan hilang selama tiga hari selepas terjatuh ke dalam gaung curam di Gunung Jerai, Yan, Kedah.

Namun berpantang maut sebelum ajal, ikhtiar dan jeritan meminta tolong membawa kepada penemuan mangsa berusia 34 tahun itu yang ditemui selamat, meskipun terpaksa menahan rintangan fizikal dan mental selepas terperangkap di kawasan curam setinggi 20 meter di kawasan Padang Tok Sheikh !

Iklan
Iklan

Berikut info dan kronologi kejadian yang boleh dijadikan iktibar buat semua pencinta aktiviti hiking:

1-Berdasarkan temu bual awal, mangsa memaklumkan dia mendaki Gunung Jerai secara bersendirian pada pukul 4 petang Ahad sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.

Iklan

2-Mangsa juga menjelaskan, semua barangan peribadinya hilang semasa kejadian menyebabkan dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk mendapatkan bantuan.

3- Pada Selasa, tiga individu yang sedang mendaki kawasan berkenaan dan memaklumkan mereka terdengar suara seseorang meminta pertolongan dari arah gaung.

Iklan

4- Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah memaklumkan enerima laporan berhubung kejadian itu menerusi talian pada jam 7.30 malam Selasa.

5-Sembilan anggota bomba serta beberapa aset termasuk sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan kenderaan pacuan empat roda digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Cempedak ke lokasi.

Gunung Jerai (Gambar fail)

6- Tiba di lokasi pada jam 8.02 malam, pemeriksaan lanjut dilakukan dan pihak JBPM cuba menghubungi mangsa dari atas tebing, namun tidak menerima sebarang maklum balas.

6-Susulan itu, operasi menyelamat menggunakan sistem tali dan peralatan khas penyelamatan di kawasan curam dilaksanakan bagi membolehkan anggota turun ke dalam gaung.

7-Usaha tersebut berjaya apabila mangsa ditemukan dalam keadaan selamat walaupun terperangkap selama beberapa hari di kawasan berisiko tinggi itu.

8-Pasukan bomba kemudian memasang 'body harness' dan menggunakan sistem tali bagi membawa mangsa naik semula ke tebing dengan selamat.

9-Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 9.37 malam sebelum menjalani pemeriksaan awal oleh pasukan penyelamat.

10-Pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan berada dalam keadaan stabil.

11-Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan dokumentasi serta pengambilan keterangan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Petani bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

PENDAKIAN SOLO BERISIKO

Pendakian solo sebenarnya berisiko kerana kebarangkalian untuk sesat adalah tinggi. Memetik Berita Alhijrah, seorang pendaki perlu mempunyai alat peranti  Sistem Kedudukan Global (atau Global Positioning System - GPS), kompas, peta untuk mengetahui kedudukan agar mudah untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat. 

Selain peralatan GPS dan aplikasi, setiap pendaki diwajibkan membawa peralatan isyarat kecemasan termasuk lampu suluh kepala, peti pertolongan cemas, wisel dan pemetik api agar boleh dimanfaatkan jika berlaku sesuatu tidak diingini. 

Bagi mengelakkan insiden tidak diingini, kajian awal terhadap trek dan perancangan mental serta fizikal perlu dilakukan sebelum menjejakkan kaki ke hutan. 

Antara disiplin keselamatan yang sering diabaikan oleh pendaki solo adalah kegagalan memaklumkan notis pergerakan kepada pihak berkuasa sebelum ekspedisi. Sikap memandang remeh prosedur ini menyebabkan agensi penyelamat kehilangan punca untuk menetapkan radius pencarian yang tepat apabila seseorang pendaki gagal dihubungi.

Sumber: Sinar Harian, Berita Alhijrah