Fatin Afeefa titip kata semangat & beli barang jualan Abby Abadi -'ALLAH tak tidur, kakak kuat...'

Iklan

APABILA timbul isu sensitif melibatkan hubungan ibu dan anak dalam kalangan selebriti, media sosial biasanya akan mula 'panas' dengan pelbagai spekulasi.

Begitulah senario yang dapat dilihat dalam kemelut keluarga Abby Abadi baru-baru ini sehinggakan netizen tidak putus-putus memberikan pelbagai reaksi dan mendoakan agar hubungan kekeluargaan itu kembali bertaut serta pulih seperti sedia kala.

Iklan
Iklan

Namun di sebalik kekecohan itu, tindakan matang bekas pelakon, Fatin Afeefa benar-benar mencuri tumpuan ramai.

Biarpun menyedari isu tersebut sedang hangat diperkatakan, ibu kepada tiga cahaya mata yang juga seorang usahawan dan pempengaruh digital ini awal-awal lagi sudah menegaskan bahawa dia enggan mencampuri urusan peribadi keluarga berkenaan.

Iklan

Sebaliknya, Fatin memilih cara yang lebih murni untuk menzahirkan sokongannya terhadap Abby iaitu dengan membeli barangan jualan penyanyi itu secara dalam talian.

Bukan sekadar membeli untuk memberi sokongan moral kepada perniagaan kecil, malah Fatin turut menitipkan kata-kata semangat yang cukup mendalam buat mengubat duka di hati seorang ibu.

Iklan

"Kakak kuat, Insya-ALLAH semuanya akan okay," tulis Fatin.

Tindakan spontan dan penuh empati itu nyata meraih pujian melambung daripada warga maya yang tersentuh melihat keikhlasannya.

Ramai yang meninggalkan komen positif termasuklah yang memuji sikap ringgan tulangnya membantu peniaga lain dengan menulis,"Eeee sukanya dengan you! I always seeing you support ramai small business!.

"Masha-ALLAH Tabarakallah semoga murah rezeki selalu."

Malah, ada juga netizen lain yang tumpang gembira dan mendoakan urusan Fatin dipermudahkan dengan menitipkan ulasan,

"Seronok tengok sentiasa support small busines, semoga dipermudahkan segala urusan awak juga."