Suami 80 tahun, isteri 32, Che Zainun & Hazlan bahagia dengan dua cahaya mata. 'Saya selesa dengan lelaki berusia'

Iklan

JODOH dan pertemuan sememangnya rahsia Tuhan. Bagi sesetengah orang, jurang usia yang besar mungkin dianggap sebagai satu cabaran besar, namun bagi seorang wanita di Kelantan, perbezaan hampir lima dekad itulah yang melengkapi hidupnya.

Mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hazlan Hajar yang kini berusia 80 tahun, Che Zainun Che Ahmad, 32, membuktikan usia hanyalah sekadar angka apabila mereka kini bahagia bersama dua cahaya mata.

Iklan
Iklan

Mula kenal di Facebook

Iklan

Menyingkap kembali bibit awal perkenalan mereka sedekad yang lalu, Che Zainun berkongsi bahawa semuanya bermula daripada sekadar kenalan di laman sosial Facebook. Keserasian yang wujud akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.

"Saya juga memang lebih selesa dengan lelaki yang lebih berusia berbanding lelaki sebaya," katanya.

Iklan

Jelasnya Che Zainun, dia sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan lelaki seusia, namun akui tidak menemui keserasian yang dicari.

Artikel berkaitan:

Keluarga pernah bimbang

Mengimbas kembali saat mengambil keputusan untuk berkahwin ketika berusia 22 tahun manakala suaminya pada waktu itu berumur 70 tahun, Che Zainun tidak menafikan perkara tersebut pernah menimbulkan sedikit keraguan dalam kalangan ahli keluarganya.

"Mereka merestui pilihan saya, cuma bimbang faktor usia suami terutama dari segi kemampuan memberi nafkah batin.

Menyentuh soal kesihatan, Che Zainun mendedahkan suaminya menjaga pemakanan dan sehingga kini, lelaki itu bebas daripada sebarang penyakit. 

Menceritakan perihal keperibadian suaminya, wanita itu berkata Hazlan bukanlah seorang lelaki yang romantik. Pun begitu, sikap jujur dan gemar berterus terang menjadi kunci utama yang mengelakkan berlakunya salah faham.

Mengakui mempunyai perbezaan dari segi minat, gaya hidup, dan cara berfikir ekoran jurang usia yang jauh, Che Zainun memilih untuk lebih banyak bertolak ansur demi menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, Che Zainun sempat menitipkan pesanan dan nasihat berguna buat wanita di luar sana yang mungkin sedang didekati lelaki berusia.

Katanya, jangan terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih berusia, terutamanya jika lelaki tersebut berstatus duda. 

Perkahwinan seperti ini jelasnya menuntut tahap kesabaran yang tinggi, kematangan emosi dan persefahaman kerana setiap pasangan pasti akan berhadapan dengan ujian serta cabaran berbeza.

Sumber: Sinar Harian/ Keluarga