Masih ingat kes menyayat hati Jahidah Nordin? Penjawat awam yang dipukul kejam oleh bekas suaminya ketika hamil 10 minggu pada 2021 hingga terlantar koma sepanjang hayat. Lebih memilukan, anak syurga yang dikandung disahkan OKU akibat impak keganasan tersebut.
Bila si kakak tak lagi mampu berkata-kata, adik Jahidah, Fauziah Nordin, bukan sahaja bangkit menjadi 'suara' menuntut keadilan, malah mengorbankan seluruh kehidupan untuk menjaga hampir sepanjang masa.