'Sedih & seram, sampai nombor kad pengenalan...' - Khairul Aming buat laporan polis, saman telco isu data bocor

Iklan

PEMPENGARUH dan usahawan Khairul Aming mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran maklumat peribadinya.

Dalam perkembangan terbaharu, pemilik nama Khairul Amin bin Kamarulzaman, 34, memaklumkan telah menghantar surat tuntutan kepada syarikat telekomunikasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Malah, sebuah laporan polis dibuat berhubung insiden berkenaan.

"Peguam saya telah pun hantar letter of demand kepada Maxis dan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(MCMC)

Iklan

"Laporan polis telah dibuat di IPD Dang Wangi untuk buka siasatan ke atas pelaku manakala Laporan kebocoran data telah dibuat kepada Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP).

Iklan

Jutawan muda itu turut mengakui berasa 'seram' susulan hal maklumat peribadinya dikongsikan di laman sosial secara terbuka dan isu yang serius.

"Peguam-peguam saya akan mengambil alih kes ini sehingga selesai. Sejujurnya rasa sedih dan seram sebab semudah tu je privasi hidup boleh hilang.

"Maklumat telefon, sejarah bayaran, langganan, sampai ke nombor kad pengenalan boleh akses MySara. semuanya bocor," luahnya.

Terdahulu, syarikat telekomunikasi Maxis memohon maaf susulan insiden itu.

Maxis dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden berkenaan dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

Imbas kembali Isnin lalu, seorang pengguna media sosial memuat naik butiran pelan telefon yang digunakan Khairul, selain mendakwa usahawan itu mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498.

Bagaimanapun, Khairul Aming atau KA menjelaskan dia sememangnya membuat bayaran lebih awal untuk beberapa bulan akan datang, namun tidak menyedari baki kredit berkenaan sudah berkurangan.

Menurutnya, perkara yang lebih membimbangkan ialah bagaimana maklumat sulit itu boleh diakses pihak lain.

"Saya memang bayar bil lebih awal untuk beberapa bulan ke hadapan dan tidak sedar baki pembayaran sudah berkurangan.

"Tetapi yang menakutkan ialah bagaimana awak boleh tahu maklumat bil Maxis saya sehingga dikongsikan secara terbuka di media sosial? Ini data peribadi saya," katanya.

Hantaran Khairul itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan tahap keselamatan data pelanggan, selain menggesa siasatan menyeluruh dijalankan sekiranya benar berlaku kebocoran maklumat.

Sumber: Thread