'Mesti adik tercari-cari ahli keluarga...' – Dikenali suka berbakti, pemergian Ketua Pemuda UMNO Maran & keluarga runtun hati

Iklan

TRAGEDI kenderaan pacuan empat roda membabitkan empat sekeluarga di Jalan Lama Bentong, Bentong, Pahang meruntun hati warganet. 

Pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, 40,  isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, dalam insiden menyentuh hati.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian TikTok Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, kehadiran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi seorang lagi anak kembar yang terselamat tular.

"Tok Wan menyantuni santun kasih kepada satu-satunya mangsa yang terselamat. 

Iklan

"Umur lima tahun dalam kejadian menyayat hati mengorbankan ibu bapa, kembar dan bapa saudaranya.

"Tiada perkataan mampu saya gambarkan dengan situasi sebegini… hanya ALLAH yang Maha Mengetahui," titipnya.

Iklan

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengenang kebaikan Allahyarham Mohd Radzi dalam baktinya kepada masyarakat di Maran.

"Masa ibu saya meninggal dulu, arwah KP Eddy ada datang rumah saya hulurkan bantuan makanan. Mulut arwah tak lekang kata, 'Bila tengok adik-adik membesar tanpa mak ayah, saya teringat anak saya dekat rumah. Bila membesar dengan ibu, tapi ibu tak ada, saya teringat isteri saya di rumah.' Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman."

Tidak kurang yang mendoakan anak kecil itu membesar dengan baik dan menitipkan simpati selepas menjadi yatim piatu sekelip mata.

"Sedihnya. Ya ALLAH, hanya Engkau Maha Mengetahui segalanya. Mesti adik ini tercari-cari ke manakah ahli keluarganya."

"Muka dia tengah keliru. Mana mak ayah dia, kembarnya sudah sudah tiad.. Kuat impak tu, jangan bagi dia keliru lagi mohon. Bagi dia rehat dulu. Awak kuat anak soleh, jadi lelaki terbaik bila besar nanti tau, sebaik ayah awak. Ramai puji ayah awak tu."

Difahamkan semua jenazah telah dikebumikan di Perkuburan Chedong, Maran sekitar jam 3.30 pagi. 

Terdahulu, kenderaan jenis Ford Raptor yang dinaiki lima sekeluarga itu yang menaiki itu terlibat dalam tragedi  kira-kira jam 12.30 tengah hari di 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dipercayai pasangan kembar kanak-kanak yang maut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Memetik Bernama, bapa Allahyarham Mohd Radzi, Rahimi Abd Samad berkata anaknya itu bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke Maran selepas menyertai program motosikal bersama belia Maran di Pulau Pangkor, Perak.

Allahyarham Mohd Radzi telah 10 tahun aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran sehingga dipilih menjadi ketua pemuda bahagian itu dan dilantik menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Pahang.

Sumber: TikTok, Facebook