PEMERGIAN pada usia 15 tahun, pelajar tahfiz Eusoff Mubassyir Al Ansori Azahir telah menerima walk of honor daripada warga Hospital Segamat.
Pelajar tahfiz yang meninggal dunia pada 10.03 malam, 4 Ogos lalu itu merupakan pengikrar penderma organ dan telah diiringi para petugas hospital dalam penghormatan terakhir walk of honour.
"Menghormati sebuah pengorbanan, menghidupkan sebuah harapan. Setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga penderma atas pengorbanan, ketabahan dan keikhlasan dalam membuat keputusan yang amat bermakna ini sehingga mampu memberi nafas dan harapan baharu kepada kehidupan insan lain.
"Walk of Honour diberikan oleh para petugas klinikal dan keluarga sebelum prosedur pendermaan. Semoga pengorbanan ini menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk memahami kepentingan pendermaan organ mampu meninggalkan legasi yang paling bermakna dan memberi kehidupan kepada mereka yang memerlukan," titipnya.
Dalam pada itu, penaung Maahad Tahfiz At-Ta'zim sempat berkongsi Eusoff Mubassyir telah menghafal lebih daripada separuh kitab suci al-Quran.
"Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Seorang pelajar tahfiz baru saja meninggal dunia setelah berada di ICU Hospital Segamat hampir seminggu.
"Punca (kematian) ialah paras platelet darah rendah menyebabkan akibat penyakit-penyakit lain akibat jumlah sel darah membantu pembekuan darah berada di bawah paras normal.
"Arwah seorang pelajar pintar dan setakat ini telah menghafal 18 juzuk dan antara pelajar fokus untuk khatam pada Ramadan tahun depan.
"Difahamkan arwah juga ada menderma organ. Murni dan mulia sungguh anak ini sebagai insan al-Quran.
"Selaku penaung tahfiz ini, saya amat berduka. Moga roh arwah diberikan ganjaran syurga tempatnya nanti. Al-Fatihah," kongsinya.
Sementara itu, laman sosial Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat turutr berkongsi sekolah rendahnya turut berkongsi belasungkawa buat bekas muridnya.
"Surah Ali Imran Ayat 185 yang bermaksud 'Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'.
"Kami menerima khabar duka di mana anakanda Eusoff Mubassyir Al Ansori Azahir (kohort 2018-2023) telah dijemput menghadap Ilahi. Sesungguhnya anak ini sangat baik semasa hayatnya.
"Mohon semua mendoakan anak ini agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman. Dimaklumkan juga bahawa anak ini merupakan salah seorang pengikrar penderma organ dan telah menerima walk of honor daripada warga Hospital Segamat. Mulia sungguh hati mu anak. Moga syurga buatmu, insya-ALLAH," kongsinya.
Warganet berkongsi perasaan sayu dan rata-rata menghadiahkan doa buat keluarga remaja itu dikurniakan ketabahan menghadapi pemergian cahaya mata.
"Semoga Allah permudahkan urusan Eusoff Mubassyir Al-Ansori bin Azahir di rumah abadi. Hebatnya ibu dan ayah kamu, ada dua anak syurga menanti. Semoga Ustazah Suriya dan suami kuat serta tabah."
"Perginya dengan reda ibu ayah. Sabar dengan sakitnya, 18 juzuk di dada. Derma organ untuk beri kehidupan kepada insan lain. Berseri wajahnya bagai purnama, wangi bau jasadnya."
"Tiada tapi bernyawa, itulah diibaratkan kerana organ dapat digunakan pada orang lain.. Syurga tempatmu wahai anak."
"Ya ALLAH, mulianya anak ini sebab dia tahu semua milik ALLAH. Beruntung orang yang menerima organ arwah, seorang penghafal Al-Quran. Begitu juga ibu ayahnya."
Sumber: Facebook 1, 2, 3, 4