'Sedekah tiap Jumaat...' Pegawai Tun M dedah masjid lokasi mandi dan kafan sering terima sumbangan Tun Dr Hasmah

Iklan

PEMERGIAN Tun Dr Hasmah Mohd Ali terus dirasai. Di sebalik pengurusan jenazah Allahyarham yang dilakukan di sebuah masjid di Sungai Besi, pegawai khas Tun Mahathir menerusi perkongsian media sosial mendedahkan sebab keluarga memilih masjid berkenaan.

Adam Mohd Muhayeddin memuat naik hantaran di Threads menjawab persoalan segelintir pihak mengenai pemilihan masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sering menerima sumbangan daripada Tun Hasmah pada setiap Jumaat sejak dahulu lagi.

Iklan

"Buat yang bertanya kenapa Tun Hasmah dibawa ke Masjid As-Syarif Sungai Besi bukan masjid yang lebih besar tu kerana permintaan keluarga dan masjid tu sentiasa menerima sedekah dari Tun setiap Jumaat sejak dulu lagi.

"Allahyarhamah juga pergi dalam keadaan cukup mudah. Semoga jasa dan budi Tun akan mengalir hingga akhirat," kongsinya.

Iklan

Malah, difahamkan Allahyarham merupakan antara kariah yang aktif di masjid berkenaan sejak kira-kira lima tahun lalu. 

Menurut Imam Tiga masjid berkenaan, Dzulhayah Wahab, Allahyarham sering menghadiri program masjid termasuk majlis berbuka puasa dan solat tarawih. 

Terdahulu Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi Isnin.

Jenazah kemudian dibawa ke kediaman keluarga di Mines Resort City, Seri Kembangan bagi memberi ruang kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat mengadakan bacaan Yasin.

Allahyarham dibawa ke masjid berkenaan untuk dimandi, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya dengan  Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham.

Sumber: Threads