‘Saya jatuh hati dengan dia yang di belakang tabir’ – Fazley Yaakob dedah chemistry dengan DSV, anak-anak jadi penyatu hubungan

Iklan

PENYANYI Datuk Fazley Yaakob dan usahawan, Datuk Seri Vida sering menjadi tumpuan warga maya. Biarpun berbeza usia enam tahun dan memiliki karakter yang dilihat berbeza, kedua-duanya kelihatan serasi menerusi hubungan yang matang.

Ketika ditemu bual dalam siaran langsung Bicara Abang Asmara bersama Datuk Fazley dan SinarPlus sempena Festival Novel Malaysia baru-baru ini, Fazley mengakui jatuh hati dengan pemilik nama Hasmiza Othman itu.

Iklan
Iklan

"Saya rasa ramai orang pun keliru, macam mana saya dengan sayang saya ini boleh bersatu.

"Datuk Seri Vida adalah satu persona yang sangat-sangat loud. Mereka tengok dia pakai baju pink, warna fluorescent, solekan tebal, bulu mata yang boleh sapu langit. So, itu karakter dia.

Iklan

"Macam saya pula sangat tidak ketara, I am who I am lah. Tapi, apabila dua jiwa itu insya-ALLAH bersatu, ramai orang confused.

"Sebenarnya, yang saya gemar dan saya jatuh hati bukan kepada Datuk Seri Vida yang kalian nampak tetapi seseorang yang di belakang tabir, yang saya kenal. Tanpa bulu mata, tanpa baju yang extravagant, tanpa gelak ketawa yang saya tiru itu," kongsinya.

Iklan

Bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu juga mengakui terpaut dengan jiwa sebenar Datuk Seri Vida yang  mesra disapa DSV di sebalik persona yang sering dilihat umum.

"Pada saya, jiwa dia sebagai seorang ibu kepada dua orang anaknya dan jiwa dia sebagai seorang ketua keluarga untuk semua famili yang dia jaga. Itu yang saya rasa sangat unik.

"Tetapi, bila the moment camera on, we have to become the persona yang dia create. So, kalau orang tanya macam mana DFY dan DSV tu bersatu. Bersatu dari segi persona yang lebih real.

"Di belakang tabir yang orang tak kenal dan tidak pernah nampak dia. Itu adalah sesuatu yang saya suka tengok. Seorang yang ada satu inisiatif untuk membina empayar sendiri. Sebagai individu, itu yang buat saya jatuh hati," titipnya.

Dalam pada itu, juara MasterChef Selebriti Malaysia itu juga mengakui status sebagai bapa tunggal dan ibu tunggal mempengaruhi hubungan. Sebagai dua individu yang sudah matang, ego atau siapa menang bukan lagi menjadi keutamaan.

"Kami single parent. Apabila single parent ni, kami mempunyai kekuatan dan kesabaran yang sangat berbeza. Dia tak ada soal siapa mengalah. Kami sama-sama sangat memahami.

"Pemahaman itu yang luar biasa. Maksudnya, tak ada soal nak merajuk atau berkecil hati lama. There's always a solution to a problem.

"Ada masa saya mengalah, ada masa dia mengalah. Saya dan dia sangat sepadan antara satu sama lain," kongsinya.

Imbas kembali awal hubungan serius, pelantun lagu Asmara ini mendedahkan anak-anak menjadi antara faktor yang mendekatkan mereka.

"Yang menyatukan saya dengan Datuk Seri Vida ialah Cik B dan anak sulung saya Payish. Anak-anak lain pun join sekali, Kacak dan saya ada Piyash, Piyush dan Elly. So, enam orang ini sudah memang seperti sibling dan teman rapat.

"Apabila anak-anak daripada dua keluarga ini bersatu, ibu bapa mengikut sahaja. Kami tu didokong dan diselimuti dengan kasih sayang mereka," kongsi Fazley.

Sekadar info, Fazley baru-baru menjadi tetamu TikTok Live SinarPlus 'Cinta Abang Asmara' sempena Festival Novel Karangkraf.