‘Seluruh Malaysia terasa kehilangan…’ Bella Astillah sebak kenang Tun Dr Hasmah

Iklan

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah meluahkan rasa kehilangan terhadap Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella turut berkongsi momen manis bersama Allahyarhamah yang pernah meluangkan masa bermain muzik bersamanya.

Iklan
Iklan

Menurut Bella, pemergian Tun Dr Hasmah bukan sahaja dirasai mereka yang dekat dengan Allahyarhamah, malah turut meninggalkan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Allahu, semoga diberikan kekuatan. Salam takziah buat seluruh keluarga. Al-Fatihah, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah,” kongsinya.

Iklan

Bella sebelum ini pernah berpeluang berkongsi pentas bersama Tun Dr Hasmah, sekali gus mencipta kenangan istimewa yang pastinya sukar dilupakan.

Iklan

Luahan tersebut turut mengundang reaksi warganet yang sama-sama berkongsi rasa kehilangan terhadap sosok yang digelar sebagai Bonda Negara itu.

“Hari keempat pemergiannya saya masih berendam air mata.”

“Momen terlalu berharga. Saya gembira awak ada kenangan dengan Allahyarham.”

“Dia memang sangat gembira melihat kamu berdua bersama. Mesti dia dah merancang untuk hadir ke majlis perkahwinan kamu dengan Tun, seperti datuk dan nenek yang begitu bangga.”

“Arwah memang sangat penyayang.”

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah pernah berkongsi pentas bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah ketika membuat persembahan pada majlis amal Majlis Nota Percaya 2025 anjuran Pertubuhan Cahaya Hawwa (PERCAYA).

Lebih istimewa, kedua-duanya turut meluangkan masa berlatih secara peribadi sebelum persembahan berkenaan.

Dalam momen tersebut, Tun Dr Hasmah bermain biola manakala Bella mengiringinya dengan petikan gitar.

Acara berkenaan turut diserikan dengan sambutan khas sempena ulang tahun kelahiran Tun Dr Hasmah yang ke-99.

Sumber: Instagram