KEINDAHAN Malaysia kadangkala membuatkan kita terlupa bahawa masih banyak destinasi menarik yang belum diterokai, meskipun terletak di tanah air sendiri.
Daripada keunikan alam semula jadi hingga pengalaman menyelami kehidupan masyarakat setempat, setiap perjalanan menawarkan perspektif berbeza tentang negara yang kita diami.
Bertitik tolak daripada idea itu, jenama fesyen tempatan, Dr. Cardin tampil dengan kempen The Overlooked Malaysia yang mengetengahkan pengembaraan merentas destinasi tempatan menerusi filem pendek, dokumentari perjalanan dan sesi siaran langsung bersama selebriti serta pencipta kandungan.
Pendekatan itu juga memberikan kelainan berbanding kempen terdahulu yang lebih konvensional, dengan menjadikan pengalaman meneroka negara sendiri sebagai fokus utama.
Ketua Penjenamaan Dr. Cardin, Chong Charl Yee berkata, idea berkenaan tercetus selepas adiknya memilih untuk bercuti di dalam negara, berbeza daripada kebiasaannya yang melancong ke luar negara.
Pengembaraan merentas empat negeri
Menerusi kempen tersebut, Dr. Cardin membawa penonton meneroka empat negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Kempen yang bermula pada 25 Ogos lalu itu diperkenalkan menerusi filem pendek arahan Mshaffuan yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Pada September, kempen berkenaan diteruskan dengan sesi siaran langsung bersama Bella Astillah dan Syed Saddiq dari Kedah.
Kelainan turut ditampilkan apabila sembilan pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial menyertai ekspedisi The Explorer Trip ke Dabong, Kelantan. Antara yang terlibat ialah pelakon Mierul Aiman.
Kempen The Overlooked Malaysia turut dibawa ke ruang fizikal menerusi acara The Overlooked Malaysia: Beyond The Screen yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, dari 7 hingga 11 Oktober 2026.
Antara selebriti yang terlibat ialah Mierul Aiman, Ain Ramli, Zakuan Zainal, Farah Hamdan, Fikri Zamri, Merantau Dunia dan Sya Azhar.