IBU kepada pelakon terkenal Syafiq Kyle, Rohaya Sulaiman, dilaporkan meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Khabar duka itu dikongsikan oleh adik Syafiq yang juga aktor, Syazwan Razak, menerusi hantaran di Insta Story.
Syazwan memohon maaf bagi pihak ibunya dan titipan al-Fatihah daripada warganet.
"Ibu dah tak ada. Minta semua jasa baik semua untuk sedekahkan Al Fatihah untuk ibu tercinta saya,
Iklan
"Maafkan beliau jika ada salah dan silap," tulisnya.
Bagaimanapun, Syazwan tidak berkongsi butiran lanjut berkaitan pemergian ibunya.
Iklan
Ucapan takziah susulan pemergian Rohaya mula membanjiri media sosial sejurus perkongsian berkenaan.
Rata-rata berkongsi rasa simpati dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.