'Mama sayang kamu dunia akhirat' – Anne Ngasri titip ucapan birthday anak ketiga, warganet puji nampak macam kakak dan adik

Iklan

WAJAH pelakon Datin Anne Ngasri sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak seawal usia tiga tahun, wajah baby face beliau terus menjadi perhatian menerusi pelbagai filem dan drama.

Seiring peredaran masa, pelakon drama Dunia Baru dan Cili Padi itu kini menikmati kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Lima cahaya mata menjadi pelengkap kehidupan Anne dan suaminya, Datuk Sumali Reduan.

Iklan
Iklan

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Anne atau Naszriah Ngasri, 41, menitipkan ucapan hari lahir buat anak ketiganya, Nazharah Afrozah yang genap berusia 16 tahun.

"Allah humma barik, selamat ulang tahun kelahiran Nazharah Afroza.

Iklan

"Terima kasih, Ya ALLAH kerana masih meminjamkan dia kepada kami hingga ke hari ini. Semoga pinjaman ini terus berada dalam jagaan-MU dan semoga mama diberi kesempatan untuk melihat dia membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan bahagia di akhirat.

Iklan

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya memuji penampilan Anne yang kelihatan awet muda sehingga disangka seperti kakak dan adik dengan anaknya.

"Aik siapa yang anak siapa yang mama ni? Happy birthday."

"Selamat ulang tahun kelahiran anakanda Nazharah semoga sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT. Anne macam adik beradik dah love."

Untuk rekod, Anne yang kini aktif dalam bidang perniagaan dan politik mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Sufi Harraz, 13, dan Nefa Naura, 10.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Anne turut dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Abdul Warits, 20, Abdul Wafri, 18, dan Nazharah Afrozah, 16.

Sumber: Instagram