Pernah cecah 100kg, Shahir Zawawi sasar turun 13kg lagi, akui pernah tak makan seminggu

Iklan

PENYANYI Shahir Zawawi menyasarkan penurunan berat badan sebanyak 13 kilogram (kg) lagi selepas berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 13 kilogram sebelum ini.

Peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF) itu mengakui sebelum ini mempunyai berat badan 100 kilogram, berharap usaha berkenaan dapat membantunya mencapai berat ideal untuk stamina.

Iklan
Iklan

Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan (AF8) itu mengakui faktor berat badan berlebihan yang boleh meningkatkan risiko kecederaan ketika bersukan turut menjadi pendorong untuk dirinya meneruskan usaha menurunkan berat badan.

“Ya, semestinya. Saya sebenarnya sebelum ni, bila saya dihubungi untuk pertandingan ni, berat saya waktu tu 100kg.

Iklan

“Dan sekarang saya, Alhamdulillah sempatlah menurunkan dalam 13kg sebelum ini dan saya mengharapkan dapat turun dalam 13kg lagi untuk mendapat berat yang ideal,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mengakui pernah mengambil pendekatan diet ekstrem kerana mahu melihat hasil dalam tempoh singkat.

“Saya buat crash diet. Sebab saya nak cepat result dia, tapi ada orang kata tak bagus.

“Cuma, itu cara saya . Sebab tu saya kadang-kadang ups and downs, ada masa saya besar. So, saya harap jenis yang ke depan ni saya dapat menurunkan berat-berat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahir turut berkongsi bahawa pengalaman mengalami kecederaan ketika mahu memulakan aktiviti berjoging menjadi antara cabaran yang perlu dihadapinya.

Menurutnya, berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko kecederaan, sekali gus mendorongnya untuk lebih serius menjaga kesihatan.

“Orang kata, berat tu kaki kita mudah cedera kan. Disebabkan saya rasa benda-benda macam ni boleh jadi push factor untuk saya,” katanya.

Mengulas mengenai faktor pemakanan, Shahir bersyukur kerana isterinya, Jaskin Jaludin banyak membantu memastikan pemakanannya lebih teratur selepas berkahwin.”

Bagaimanapun, penyanyi berusia 38 tahun itu mengakui usaha mengawal pemakanan bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga.

“Alhamdulillah isteri saya menjaga makan minum saya dengan baik. Tapi kalau nak cerita saya besar ni, sebelum kahwin pun saya sudah besar.

“Cabaran jugalah untuk saya sebab dulu saya sendiri, senang kita nak control makan. Sekarang bila orang rumah ni, dia masak takkan kita tak makan kan? Nak tak nak, kena makan,” katanya.

Shahir turut mendedahkan bahawa perjalanan menurunkan berat badan itu bukan sesuatu yang mudah apabila berdepan beberapa cabaran kesihatan.

Menurutnya, dia pernah mengalami kecederaan pada kedua-dua belah lutut ketika mahu memulakan rutin berjoging.

Disebabkan keadaan itu, Shahir mengakui mengambil pendekatan diet ekstrem dengan tidak mengambil makanan selama beberapa hari.

“Sebab tu saya terpaksa buat crash diet tu, saya tak makan seminggu. Saya cuma minum air.

“Selepas seminggu baharu saya sentuh sedikit makanan. Lepas tu saya break lagi tiga hari, tak makan,” katanya.

Bagaimanapun, Shahir berharap dapat meneruskan usaha menjaga kesihatan dengan lebih baik. Malah, dia turut berkongsi berdepan masalah pada tekak baru-baru ini dan berharap diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan rancangan realiti itu.

“Alhamdulillah, bila saya sudah ringan sikit, bolehlah saya start jogging. And then, baru-baru ni tekak saya pula, saya tak tahu kenapa mungkin ujian.

“So, saya harap ALLAH bagi kesihatan yang baik,” katanya.

Penyanyi tersebut bakal berentap di pentas GVF bersama 12 lagi juara Akademi Fantasia. 

Sekadar makluman, program berkenaan bakal ditayangkan secara langsung pada 9 November ini, jam 9.00 malam di Astro Ria atau distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.