‘Moga usaha ke syurga sama-sama Ayang’ – Amira Othman anggap Fattah Amin lubuk syurga, terharu kejutan hari lahir

Iklan

MANISNYA! Penyanyi Amira Othman baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 dan berkongsi catatan penuh kesyukuran buat insan tersayang.

Menyifatkan pertambahan usia sebagai peringatan tentang singkatnya kehidupan di dunia, pelantun lagu Dalam Sujudku itu turut menganggap suaminya, Fattah Amin sebagai lubuk pahala yang mahu dibawa bersama menuju syurga.

Iklan
Iklan

"Makin meningkat usia maka makin singkatlah waktu kita di dunia. Saya harap doa yang baik-baik daripada ramai orang dan pastilah lubuk pahala saya, suami saya.

"Semoga kita sama-sama usaha pergi syurga ok Ayang? Fattah Amin terima kasih untuk semuanya," ungkap Amira.

Iklan

Dalam pada itu, Amira turut berkongsi kisah di sebalik sambutan hari lahirnya yang disifatkan sebagai kejutan apabila dia menyangka hanya akan menikmati makan malam berdua bersama suami dan rakan-rakan.

Iklan

"Terima kasih kawan-kawan yang sudi datang surprise. Saya ingatkan dinner berdua, tidak prepare apalah.

"Foundation pun tak pakai, kemeja pun main ambil apa ada yang matchy-matchy sebab sudah lambat.

"Anyway, Alhamdulillah. Semuanya ALLAH yang bagi. Semoga saya sentiasa ingat untuk bersyukur. Doakan Nadia Amira," titipnya.

Perkongsian tersebut memperlihatkan sisi sederhana Amira yang memilih untuk mensyukuri setiap nikmat, termasuk kehadiran insan-insan tersayang dalam kehidupannya.

Rata-rata memuji penampilan Amira yang ringkas dan kekal jelita semula jadi.

Untuk rekod, Amira dan Fattah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.

Pasangan popular itu kemudian menimang cahaya mata lelaki, Muhammad Jarir Umar, yang dilahirkan pada pukul 6.20 petang, 23 Jun lalu.