'Saya membesar tengok lakonan Cico' – Umi Nazeera sayu sempat bertemu Allahyarham September lalu

Iklan

PELAKON Umi Nazeera berkongsi rasa dukacita atas pemergian pelakon, Allahyarham Cico Harahap yang meninggal dunia pada usia 48 tahun, Ahad lalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Umi mengakui membesar dengan menonton lakonan Allahyarham bersyukur sempat berpeluang bertemu dengan Cico pada September lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Umi, pertemuan itu meninggalkan kesan tersendiri apabila Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin disifatkan sebagai seorang yang cukup merendah diri meskipun sudah lama berkecimpung dalam dunia seni.

"Saya membesar dengan menonton hasil kerjanya. Jadi, apabila bertemu dengannya September lalu, saya benar-benar teruja. Allahyarham juga sangat merendah diri ketika bertemu secara bersemuka," tulisnya.

Iklan

Dalam hantaran sama, Umi turut menitipkan doa agar segala dosa Allahyarham diampunkan, dikurniakan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang soleh.

Iklan

"Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun. Semoga ALLAH mengampunkan segala dosanya, merahmatinya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin," titipnya.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Cico yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kira-kira pukul 11 pagi, Ahad.

Anak kepada penyanyi legenda, Uji Rashid itu meninggal dunia selepas seminggu menerima rawatan akibat mengalami kesukaran bernafas.

Allahyarham yang mula aktif dalam bidang lakonan sejak 1993 dilaporkan berdepan masalah kesihatan sejak penghujung 2016.

Sumber: Instagram