Dari misi kemanusiaan ke gelanggang berkuda, Farah Lee raih tempat keempat! 'Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki'

Iklan

BUKAN calang-calang pempengaruh dan aktivis kemanusiaan Farah Lee apabila penampilan sulung dalam pertandingan berkuda Stride & Style 2.0 anjuran TIEP Bidong.

Lebih manis, percubaan pertama Farah dalam acara dressage dan show jumping itu turut membuahkan hasil apabila beliau berjaya membawa pulang beberapa kedudukan membanggakan.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian HORSO Academy di Instagram, Farah atau nama penuhnya Nurfarahin Romli meraih tempat keempat bagi kategori Prep 2 daripada keseluruhan 13 peserta.

Tidak terhenti di situ, Farah turut menduduki tempat keenam bagi kategori Prep 1 dan Prep 3, selain tempat kelapan dalam acara SJ 0.1 meter Ground Pole.

Iklan

Menariknya, penyertaan tersebut merupakan pengalaman pertama Farah menyertai pertandingan dressage dan show jumping.

Iklan

"Sebaliknya, ia adalah tentang membina keyakinan diri, menguasai teknik yang betul dan terus meningkatkan kemampuan dalam setiap tunggangan," kongsinya.

Lebih istimewa, majlis penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.

Momen itu pastinya menjadi satu kenangan bermakna buat Farah yang bukan sahaja membawa pulang pencapaian daripada penampilan sulungnya, malah memperoleh pengalaman berharga dalam sukan berkuda.

Difahamkan, Farah juga mengasaskan HORSO Academy sekali gus membuat penampilan sulung pada pertandingan itu.

Sekadar info, Farah berkahwin dengan atlet kuda lasak Muhammad Fuad Hashim pada 5 Januari 2024 yang pernah menjuarai kejohanan antarabangsa Piala Sultan Mizan sebanyak tiga kali.

Sumber: Threads