'Umi senang hati beranak ramai sebab...' Ustazah Norhafizah hargai pengorbanan suami, dedah sisi di sebalik keluarga besar

Iklan

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang. Ada yang mudah meluahkan melalui kata-kata, namun tidak kurang juga yang memilih untuk membuktikannya menerusi tanggungjawab dan pengorbanan.

Itulah antara sisi yang dikongsikan pendakwah terkenal, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa ketika menitipkan dedikasi istimewa buat suaminya, Ustaz Dr Azahar Yaakub, sempena ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ustazah Norhafizah menyifatkan tanggungjawab sebagai bahasa kasih sayang seorang lelaki, terutama apabila melibatkan usaha memenuhi keperluan insan tersayang.

Menurut beliau, tidak semua lelaki mahir bercerita atau meluahkan apa yang terbuku di hati, sebaliknya banyak perkara difikirkan dan diusahakan demi kesejahteraan keluarga.

Iklan

"Sungguh… bahasa kasih sayang seorang lelaki adalah tanggungjawab.

Iklan

"Saat berhempas pulas untuk memenuhi komitmen itu.. tidak semua laki-laki pandai bercerita dan meluahkannya.

Lebih menyentuh hati, Ustazah Norhafizah turut mengimbau perjalanan suaminya membesarkan anak-anak yang kini sudah berkeluarga.

Jika dahulu suaminya sentiasa mendukung anak-anak ketika kecil, kini Ustaz Azahar bertukar peranan sebagai Tokwan yang menjadi kesayangan cucu-cucu.

Malah, pemegang ijazah kedoktoran falsafah (Phd) dalam Psikologi Islam itu secara berseloroh mengakui antara sebab dirinya senang hati mempunyai ramai anak adalah kerana tidak perlu menguruskan semuanya seorang diri.

Untuk rekod, Ustazah Norhafizah dan suami dikurniakan tujuh cahaya mata. Sebelum ini, beliau pernah berkongsi pengalaman menjalani kehidupan bersama keluarga besar merangkumi tiga generasi, termasuk anak-anak, menantu dan cucu-cucu.

Bagi beliau, kehidupan berkeluarga bukan sekadar berkongsi tempat tinggal, malah turut membawa tanggungjawab untuk saling membimbing serta menunjukkan teladan yang baik kepada generasi seterusnya.

Dalam dedikasi itu, Ustazah Norhafizah turut mengakui tiada manusia yang sempurna dan terlepas daripada kekhilafan. Namun, usaha seorang suami yang tidak pernah lelah menguruskan keluarga serta memastikan kesejahteraan zuriat keturunan wajar dihargai.

"Semoga ALLAH memandang kebaikan seorang Abi dan Tokwan ini dengan ganjaran redha-NYA dan kedudukan yang tinggi di sisi-NYA.

"Syukran kathiran Abi / Tokwan… semoga apa yg telah dilakukan/ dibelanjakan/ diusahakan utk zuriat keturunan ini menjadi amal soleh mu," titipnya.

Sekadar info, Ustazah Norhafizah memiliki tujuh cahaya mata, tiga orang menantu dan empat cucu.

Sumber: Instagram