PELAKON dan pengarah, Datuk Hans Isaac berkongsi berita gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang selepas lamarannya terhadap ratu cantik, Francisca Luhong James diterima.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram apabila Hans, 55, memuat naik foto dirinya menyarungkan cincin ke jari manis Francisca yang juga Miss Universe Malaysia 2020.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Hans meluahkan rasa bahagia apabila wanita pilihannya itu bersetuju untuk menjadi teman hidupnya.
"She said yes! Forever with my favourite person.
Dalam hantaran sama, Hans turut berseloroh bahawa bakal isterinya itu kini perlu bersedia untuk hidup bersama dirinya.
"She’s stuck with me now.
"No more... 'Hans bila nak kahwiinnnn?" tulisnya.
Perkongsian tersebut nyata menjadi perhatian ramai, apatah lagi Hans dan Francisca mempunyai perbezaan usia 24 tahun.
Untuk rekod, Francisca yang berasal dari Kuching, Sarawak merupakan wanita berketurunan Kayan, Kenyah dan Iban.
Wanita berusia 31 tahun itu mencipta nama selepas dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 sekali gus mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2020.
Sebelum itu, Francisca turut menyertai pertandingan Miss World Malaysia 2016 dan 2018, selain berjaya melangkah ke kelompok lima terbaik dalam kedua-dua pertandingan berkenaan.
Sumber: Instagram