'Tahniah Pa, arwah atuk pasti bangga'  Ismail Sabri genggam PhD usia 66 tahun anak luah rasa bangga, minat sambung belajar bidang guaman

Iklan

KEJAYAAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga, malah membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus menimba ilmu.

Perkara itu dikongsikan anak beliau, Nashriq Ismail Sabri menerusi satu hantaran di Instagram yang meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian bapanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ismail Sabri tidak pernah berhenti membuatkan seluruh keluarga berasa bangga dengan setiap kejayaan yang diraih.

Iklan

Lebih menyentuh hati, Nashriq turut mengimbas pesanan arwah datuk yang sentiasa menjadi pegangan Ismail Sabri dalam kehidupan.

“Ayahanda selalu cerita dekat kami pesanan arwah atuk pada dia, ‘Jangan pernah berhenti menuntut ilmu, tidak kira berapa pun usia kita.’

Iklan

“Hari ini, Ayahanda sekali lagi membuktikan kata-kata tersebut. Saya yakin, arwah atuk pasti sangat berbangga melihat kejayaan anaknya,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, anak Ismail Sabri turut mengakui semangat bapanya memberikan inspirasi untuk dirinya terus mengejar ilmu.

Malah, dia tidak menolak kemungkinan menyambung pengajian memandangkan mempunyai minat dalam bidang perundangan.

“Melihat semangat Ayahanda membuatkan saya sendiri teringin untuk terus menyambung pelajaran.

“Saya pun ada minat dalam bidang perundangan, jadi siapa tahu, mungkin itu babak baharu dalam perjalanan hidup saya,” kongsinya.

Mengakhiri hantaran tersebut, dia sekali lagi menitipkan ucapan tahniah buat bapanya selain berterima kasih kerana sentiasa menjadi sumber inspirasi buat keluarga.

“Tahniah sekali lagi, Pa! Terima kasih kerana sentiasa menjadi inspirasi buat kami sekeluarga!” ujarnya.

Ismail Sabri terdahulu menyambung pengajian PhD dalam bidang Sains Politik.

Ahli Parlimen Bera itu menjadi perhatian selepas memiliki Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2021-2022 : Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19 sebagai tajuk tesisnya.

Sekadar rekod, bapa kepada empat cahaya mata itu terdahulu pernah menjawat potfolio Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) dan Timbalan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada tahun 2022.

Beliau yang memiliki Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya dan pernah bertugas sebagai peguam.

Sumber: Facebook