Dipecat akibat selalu MC, doktor kongsi keluhan pesakit asma yang sarat mengandung

Iklan

Itu antara keluhan dan persoalan yang diajukan oleh pesakit asma yang sedang berbadan dua kepada pakar itu.

Iklan
Iklan

Respons Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, asma adalah suatu penyakit kronik yang boleh dikawal sekiranya pesakit menggunakan inhaler seperti yang disarankan. Elakkan terdedah kepada rangsangan luar yang boleh menyebabkan serangan asma itu terjadi.

Namun begitu, perlu diketahui ketika mengandung, terdapat banyak perubahan fisiologi dalam badan sehingga menyebabkan kadangkala penyakit asma menjadi tidak terkawal.

Iklan

"Penjagaan asma adalah sangat penting, terutamanya ketika sedang mengandung,” tulis Dr Nurul Yaqeen di Facebooknya.

Sering berlaku pada usia 18-40 tahun

Iklan

Mengikut kajian, asma sering berlaku dalam kalangan empat ke 12 peratus wanita yang berumur dalam lingkungan usia melahirkan antara 18 hingga 40 tahun.

"Kebanyakan rawatan untuk penyakit asma adalah selamat untuk bayi di dalam kandungan. Bayi akan membesar dengan lebih sihat sekiranya penyakit asma dapat dikawal dengan baik.

"Namun begitu, asma yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan banyak masalah yang serius.

"Untuk ibu hamil, asma yang tidak terkawal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi ketika mengandung, toksik dalam darah ketika mengandung (toxaemia in pregnancy), kelahiran pra-matang dan kematian," katanya.

Untuk bayi yang dikandung pula, Dr Nurul Yaqeen menjelaskan, komplikasi yang boleh mereka hadapi adalah pembesaran terencat dalam kandungan ‘IUGR’ (Intrauterine Growth Retardation), berat badan rendah ketika dilahirkan (low birth weight) dan kematian ketika dilahirkan (stillbirth).

Jadi, ketika mengandung, 1/3 pesakit asma akan mendapat simptom asma yang lebih teruk daripada biasa, 1/3 akan mendapat simptom yang lebih baik, 1/3 tidak mengalami apa-apa perubahan.

Ingat, kehamilan boleh memberi kesan kepada pesakit asma dalam berbagai cara antaranya perubahan hormon ketika mengandung boleh memberi kesan kepada hidung, sinus dan paru-paru, seterusnya menyebabkan serangan asma semakin kerap berlaku.

Oleh itu, nasihat Dr Nurul Yaqeen kepada semua, sayangilah paru-paru kita. Paru-paru yang sihat menjamin hidup sejahtera.