Tak sangka masih ada orang tinggal dalam kadang lembu - Ebit Lew

Iklan

TIDAK mampu membina rumah yang musnah dek kebakaran, keluarga ini sanggup bersihkan kandang lembu untuk dijadikan tempat berteduh.

Lebih sedih, mereka tinggal dalam keadaan sempit dan panas selama lapan tahun. Si bapa pula sanggup buat pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.

Iklan
Iklan

Bukan dia seorang saja membanting tulang, anak lelaki yang masih berusia 12 tahun pun sudah pandai cari duit dengan menolong menjaga kedai orang dengan upah RM10.

Iklan

Perkongsian Ustaz Ebit Lew dalam akaun Facebooknya ternyata membuatkan ramai sebak lebih-lebih lagi dengan keadaan rumah lengkap dengan gambar ‘konvo’ tadika anak memegang skrol.

Iklan

Artikel berkaitan: ‘Sebak sayu tadi ziarah To’ki’ : Ebit Lew

Dalam perkongsian sama, penceramah selebriti terkenal itu memohon doa orang ramai supaya dapat memudahkan urusan memindahkan keluarga itu di tempat baharu.

Ternyata ramai warganet terharu dan bersyukur dengan kemuliaan Ustaz Ebit yang sanggup membantu memindahkan keluarga tersebut di rumah yang lebih baik demi keselesaan anak mereka.

Rata-rata warganet menitipkan doa yang baik-baik dan memuji keluarga itu yang walaupun tinggal di kandang lembu namun sangat menitikberatkan soal kebersihan.

Semoga usaha murni ini berterusan dan dicontohi orang ramai. Barangkali dengan sumbangan dan bantuan seumpama itu dapat membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

#janganputusasamalaysia

Sumber: FB Ebit Lew