Diejek jual arang, kini tak menang tangan layan pelanggan, jual lebih 2,400 beg sebulan

Iklan
Diejek jual arang, kini tak menang tangan layan pelanggan, jual lebih 2,400 beg sebulan

DIPERLEKEHKAN rakan-rakan kerana memilih pekerjaan sebagai pengusaha arang tradisional pada usia muda tidak langsung mematahkan semangat Muhd Dzaqwan Sukry, 29, untuk menceburi bidang itu.

Sebaliknya, ejekan serta kata-kata sinis yang dilemparkan menguatkan lagi tekad anak muda dari Kampung Kuala Menjing, Kuala Berang itu untuk terus berusaha dan menjadi usahawan yang disegani suatu hari nanti.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, Muhd Dzaqwan dan bapanya, Sukry Abdullah, 57, mula mengusahakan perusahaan arang secara tradisional tiga tahun lalu selepas mendapati banyak lambakan kayu yang terbuang begitu sahaja di sekitar kawasan Kuala Berang.

Iklan

Menurut Muhd Dzaqwan, walaupun perusahaannya dijalankan secara tradisional, dia melakukan sedikit inovasi terhadap ‘gok’ atau tempat pembakaran arang bagi memudahkan lagi kerja menyusun serta mengumpul arang yang sudah siap dibakar.

Iklan

Katanya lagi, pada awal pembabitan, dia dan bapanya menghadapi pelbagai kepayahan untuk mendapatkan pelanggan dan memasarkan produk.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk menjaja arang dengan lori di seluruh daerah Hulu Terengganu kerana tidak mengetahui cara memasarkan barangan melalui laman sosial.

-- BERNAMA