Patutlah budak-budak selalu kejar pakcik ni bila masuk kampung

Iklan

MASIH ada lagi orang jual aiskrim hanya dengan nilai 10sen sahaja. Mana nak dapat aiskrim 10 kon dengan hanya bayar RM1?

Jangan tak percaya, ada pakcik ni yang terkenal dengan nama Pok Mat masih menjual aiskrim semurah itu di sekitar Jeli, Kelantan dengan menaiki kereta merahnya.

Iklan
Iklan

Sekali pandang memang tak perasan apa yang dijualnya, sekali dia buka bonet belakang dan pasang khemah biru, ramai budak termasuk bapa budak pun tak putus-putus kerumun.

Iklan

Perkongsian seorang bapa yang juga pemilik akaun Facebook, Azizul Derahman yang turut teruja apabila anaknya mahu membeli aiskrim yang banyak dengan hanya RM1.

Iklan

Perkongsian asal dalam dialek Kelantan itu menerima lebih 1,500 perkongsian dan ternyata ramai teruja dengan Pok Mat yang masih gigih berniaga sambil bersedekah.

Betullah orang kata, sambil berniaga sambil bersedekah. Moga Pok Mat sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. #janganputusasamalaysia