Mulia sungguh hati pak cik ni, hari-hari kayuh basikal demi...

Iklan

BERBAKTI kepada haiwan sememangnya dituntut dalam agama. Lebih-lebih lagi niat ikhlas memberi makan kepada kucing peliharaan mahupun terbuang, orang kata rezeki menjadi lebih murah.

Ramai sebenarnya yang buat aktiviti amal memberi makan kucing terbuang di premis kedai, tempat awam mahupun dalam kawasan universiti. Sama ada atas kudrat sendiri tak pun sumbangan orang ramai.

Iklan
Iklan

Tertarik dengan satu perkongsian di media sosial yang mana gelagat seorang pak cik ini yang sanggup berbasikal hampir setiap hari untuk membeli ikan segar di pasar basah selepas usai menunaikan solat Subuh.

Barangkali ramai ingatkan pak cik ini membeli untuk masak tengah hari tetapi rupa-rupanya ikan yang dibeli itu khas untuk kucing jalanan.

Iklan

Dikenali dengan nama Aziz, pak cik yang dikatakan bekas pengawal keselamatan itu memang menjadi perhatian ramai apabila suka memberi makan kucing di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor.

Iklan

Perkongsian Ni Lar Sg Bsr dalam akaun Facebook ternyata menarik perhatian SinarPlus dengan gambar pakcik Aziz leka memberi makan kucing yang datang mengerumuninya.

Mulia sungguh hati pakcik ini. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan menjadi contoh kepada anak muda supaya lebih sayangkan haiwan seperti kucing. #sayangkucing