PERASAN tak meskipun sebelum melelapkan mata kita sudah mengaplikasi serum, krim malam dan krim mata, namun kondisi kulit wajah kekal tidak bermaya pada keesokan harinya. Mengapa?
Ironinya, antara kesilapan wanita apabila terlalu menumpukan rutin penjagaan wajah, tetapi mengabaikan waktu tidur yang sepatutnya.
Secara purata, golongan dewasa memerlukan tempoh masa tidur antara 7 hingga 8 lapan jam setiap hari. Pada masa sama, disarankan tidur selewat-lewatnya sebelum jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Ini disebabkan tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja membuatkan tubuh badan lesu, malah kulit wajah juga terjejas.
Perkara tersebut turut diakui oleh Pakar Dermatologi, Pusat Perubatan Universiti Cleveland, Amerika Syarikat (AS), Dr. Baron, yang pernah menjalankan kajian berkenaan.
Pun begitu, sedar tak, tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja berlaku dek badan atau mental terlalu penat, silap memilih makanan turut mengundang permasalahan terbabit.
Justeru, bagi membantu mendapatkan tidur yang berkuati tanpa sebarang gangguan segmen, Sihat Cantik kali ini berkongsi 5 makanan yang perlu dielakkan sebelum tidur. Antaranya ialah:
1 Kopi
- Minuman berkafein ini akan menyukarkan kita tidur
2 Coklat
- Membuatkan perut lapar sekali gus menganggu waktu tidur
3 Keju
- Ia memberi gangguan pada perut
4 Makanan pedas
- Hidangan ini boleh menyebabkan pedih hulu hati dan kesukaran mendapatkan tidur yang nyenyak
5 Biji bijan
- Membuatkan perut tidak selesa sepanjang malam