Mengancam juga Saga Edisi Hitam, harga memang mampu milik!

Iklan

AKHIRNYA terjawablah teka-teki apa yang Proton sajikan sempena sambutan ke-35 tahun Saga apabila melancarkan Edisi Khas hari ini.

Menariknya korang, edisi terhad itu hanya dikeluarkan 1,100 unit untuk jualan. Model tersebut tampil dengan warna serba hitam dan dikemaskan jalur kuning eksklusif pada luaran dan dalaman kereta tersebut.

Iklan
Iklan

SinarPlus percaya rupa paras baru ini pastinya memenuhi citarasa golongan muda.

Ya, hitam itu menawan. Barangkali dek itulah Proton memilih warna gelap yang sinonim dengan watak garang dan bertenaga ini.

Iklan

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, 9 Julai merupakan tarikh yang sangat penting di dalam sejarah Proton.

"Pada hari ini, 35 tahun lalu, Proton Saga pertama dikeluarkan dari kilang di Shah Alam, sekali gus menjadikan Malaysia antara negara yang berkemampuan untuk menghasilkan kereta buatan tempatan,” katanya.

Iklan

Melalui pelancaran secara maya pada pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, sehingga kini sebanyak 4,150,035 unit kereta telah berjaya dijual.

"Selain itu, model-model yang telah berjaya mencapai kedudukan teratas di dalam segmen masing-masing iaitu Proton Saga. Ia kereta terlaris di Malaysia dan segmen A paling popular di negara ini pada bulan Mei,” katanya.

Pada Jun pula, Proton Saga berjaya mencapai jualan tertinggi sejak 70 bulan lalu iaitu pada Ogos 2014.

Istimewa hadiah ulang tahun

Turut hadir, pakej aksesori termasuk Front Skirting, Side Skirtings, Door Visors, Hood Insulator, Trunk Lid Cover dan Boot Tray yang berharga pada RM2,035. Ia juga boleh boleh dibeli secara berasingan dan digunakan untuk model Saga versi 2019.

Lebih menarik, pakej ulang tahun tersebut menawarkan kos penjimatan hebat iaitu sebanyak RM315 berbanding jika dibeli berasingan yang berjumlah RM2,350.

Udara yang lebih segar

Selain itu, tambahan hadiah sempena ulang tahun itu ialah penapis Kabin N95 Proton. Sebelum ini, ia hanya terdapat pada Proton X70, namun akan juga dilengkapkan pada model Saga, Persona, Iriz dan Exora bermula hari ini.

Pemilik sedia ada mempunyai pilihan untuk membeli Penapis Kabin N95 pada harga RM59, tidak termasuk caj pekerja. Untuk masa yang terhad sehingga 9 Oktober 2020, terdapat 15 peratus diskaun bagi harga penapis N95.

Jadi tunggu apa lagi? Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com. Happy Birthday Proton Saga!