PRAK bunyi dia! Itu adalah bunyi tulang yang meletup bila korang lakukan regangan sama ada jari atau pinggang.
Lepas dah ‘prak’ skali tu pasti ‘sedap’ dan lega sangat-sangat betul tak? Tapi bak kata orang tua-tua benda sedap kebiasannya ada keburukan.
Apa keburukannya?
Penulis sendiri pun mengakui kadang kala melakukan perkara yang sama secara tanpa sedar kerana ia datang secara spontan. Penulis juga percaya saat korang baca artikel ini pun korang mesti secara tak langsung cuba nak letup-letup kan jari korang kan?
Itulah yang dinamakan satu tindakan refleks. Tapi, korang tahu tak perbuatan korang itu mampu mendatangkan bahaya dan kesan jangka masa panjang jika ia dilakukan secara berterusan?
Hampir beberapa dekad penyelidik daripada serata dunia mengkaji sebab dan kenapa bunyi tersebut terhasil.
Kajian daripada Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang diisi gas. Bila ia ditekan maka ini akan menyebabkan bunyi 'prak' terhasil.
Di sini SinarPlus kongsikan kenapa tabiat tersebut bahaya yang korang perlu tahu. Antaranya adalah seperti :
1.Kenapa jadi ketagih?
Sebenarnya kondisi otak yang mempengaruhi kita untuk menganggap bunyi letupan itu sebagai sesuatu perbuatan yang boleh melegakan.
Jadi semakin lama ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang ia bertukar menjadi tabiat. Otak korang akan 'trik' untuk buat rasa perbuatan itu melegakan rasa lenguh.
2. Apa yang meletup?
Setiap kali mematahkan jari, akan ada bunyi seolah tulang meletup. Padahal, ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis sinovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.
3. Risiko penyakit tulang arthritis?
Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya yang mana dia telah meletupkan jari di sebelah tangannya setiap hari selama 60 tahun manakala yang sebelah lagi tidak diletupkan.
Ternyata, tangannya yang diletupkan saban hari itu langsung tidak diserang arthritis dan ini membuktikan tabiat meletupkan atau mematahkan jari-jemari itu membawa keburukan kepada manusia.
4. Jejas kekuatan tangan
Dalam satu kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan. Ini kerana, tabiat meletupkan jari atau mematahkan jari-jemari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan sekali gus menjadikan tulang haus dari masa ke masa.
5. Tulang jari melebar buat cincin tersekat
Meletupkan jari itu adalah perkara yang menyakitkan manakala kebanyakan orang lain menganggapnya suatu nikmat. Ternyata orang yang memiliki tabiat itu mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari biasa.
Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) telah melebar sehingga kadang-kala menyekat cincin untuk masuk secara lacar pada bahagian jari. Jadi, kalau tak mahu tulang buku jari melebar, sila elak meletupkan jari.
Jadi, sekarang korang dah tau kan kenapa perbuatan tersebut bahaya dan berisiko? Jika boleh hentikan tabiat tersebut dengan serta merta. Bahaya gais!
Sumber : Maskulin