SEKALI pandang disangkakan pelakon filem Hollywood, Emily Blunt, namun selepas diamati dengan teliti rupa-rupanya beliau merupakan penyanyi British popular, Adele.
Rasanya bukan penulis sahaja beranggapan sedemikian, malah rata-rata netizen yang singgah pada satu page dalam sosial, Facebook baru-baru ini turut menulis komen serupa.
Maklumlah, penampilan dan fizikal Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins kini bagaikan 'berubah' 360 darjah.
Masakan tidak, pelantun lagu Rolling In The Deep itu dikatakan susut sebanyak 22 kilogram(kg) hasil jadual tidur yang teratur dan bersenam secara konsisten seperti angkat beban dan pilates.
Ia termasuklah, mengamalkan diet Sirtfood yang mana impaknya amat mengagumkan sehingga tulang selangka beliau jelas kelihatan.
Apa itu diet Sirtfood?
Diet yang dicipta oleh pakar pemakanan kelahiran United Kingdom, Aidan Goggin dan Glen Matten tersebut memfokuskan pemakanan sihat yang harus dilaksanakan selamat seminggu secara berterusan.
Difahamkan, mereka yang mengamalkan diet berkenaan berupaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.
Rutin diet adalah seperti berikut:
- Kawal pengambilan tidak lebih 1,000 kalori pada tiga hari pertama dan minum tiga gelas jus epal hijau bersama protein.
- Selepas tiga hari, individu boleh menambah sebanyak 1,500 kalori dan minum jus dua buah epal hijau serta makan dua kali sehari.
- Kemudian, beralih pula pada fasa pemeliharaan yang mana individu perlu makan tiga hidangan seimbang disusuli senaman secara sistematik.
- Selain jus epal hijau, individu memilih diet itu juga boleh bertukar dengan sayur hijau lain seperti parsli, bayam, kiwi, timun ataupun saderi.
- Pada masa sama, kawal pengambilan gula dan karbohidrat.
[caption id="attachment_14361" width="1024"] SENAMAN secara konsisten juga membantu menurunkan berat dengan cepat dan sihat.[/caption]
Rasanya, belum terlambat lagi untuk korang yang pasang impian untuk kurus pada tahun 2020. Biarpun sudah memasuki setengah tahun, kita masih ada masa ya!
Selamat mencuba.