Ular melingkar di atas pinggan menu unik jadi buruan ramai

Iklan
Ular melingkar di atas pinggan menu unik jadi buruan ramai

SEAKAN jelmaan seekor ular melingkar di atas pinggan! Ada yang melihat gerun, geli malahan ada juga yang takut. Itulah keunikan yang dibuat oleh seorang pengusaha roti canai, apabila mencipta menu roti canai berbentuk seekor ular yang kini telah tular di laman sosial.

Menu tersebut seolah membuka ‘pintu rezeki’ berganda apabila roti canai yang unik itu kini mendapat sambutan ramai. Ya! Ular yang ni boleh makan gais. Tengok nampak sedap.

Iklan
Iklan

Che Harun Ali, 46, dari Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan berkata, idea mencipta roti canai ular itu timbul selepas beliau sekadar mencubanya secara suka-suka untuk dimakan sendiri, sebelum mula memperkenalkannya kepada pelanggan sejak setahun lalu.

Iklan

Tambahan pula kini menu tersebut menular di aplikasi WhatsApp dan mendapat perkongsian ramai terutama di daerah Kota Bahru. Itu lah yang dinamakan rezeki. The power of viral!

Menurut Che Harun yang berpengalaman lebih 30 tahun berniaga roti canai, pelanggan mempunyai beberapa pilihan kerana roti yang dihasilkan mempunyai lima perisa atau inti iaitu planta dan susu pekat, milo, keju, kaya dan nestum.

Iklan

Sementara harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan yang mana ia dijual dengan harga serendah RM1.50 hingga RM3 sahaja.

Amacam korang? Tak teringin ke nak try? Bukan senang nak jumpa tau.