BARU-BARU ini penulis ada terbaca perkongsian luahan seorang ibu di laman sosial yang gusar mengenai si kecilnya yang mempunyai kondisi kepala tidak normal jika hendak dibandingkan dengan bayi lain.
Katanya, kepala anaknya yang baru berusia lapan bulan kelihatan senget. Beliau sangat mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi tersebut.
Sebenarnya apa yang terjadi sehingga kepala bayi itu menjadi tidak normal?
Ahli fisioterapi, Nurul Hena Ahmad menerangkan keadaan itu berkemungkinan akibat masalah tortikolis.
"Saya akui memang ada kes yang pernah saya handle akibat kepala bayi tidak normal, tidak seperti bayi normal lain,” katanya.
Menghurai lanjut mengenai itu, tortikolis merupakan suatu kondisi yang mana terdapat gangguan pada otot leher (kepala kelihatan senget atau teleng) yang berpunca daripada posisi kepala dan otot di leher (sternocledomastoid) tidak normal dan tidak simetri.
Katanya, antara punca- punca tortikolis pada bayi adalah kedudukan bayi dalam kandungan dengan posisi yang tidak normal (bayi songsang) dan penggunaan forsep atau vakum ketika proses melahirkan bayi.
Ia juga boleh berlaku kepada kandungan kembar akibat ruang untuk bayi bergerak di dalam rahim terbatas.
Jadi, macam mana nak tahu tanda-tanda tortikolis pada bayi?
Menjawab persoalan itu, berikut penjelasan Nurul Hena:
Bukan itu sahaja, kongsi Nurul Hena, kepala bayi yang leper akan menyebabkan mereka baring pada satu arah setiap masa.
Lebih membimbangkan, terdapat sejenis ketulan atau benggolan di bahagian sebelah leher atau separas dengan rahang bayi.
Oleh sebab itu, bayi akan kerap meragam kerana ketidakselesaan di leher atau sakit leher dan menjadikan pergerakan bayi terbatas.
Berikut perincian kepada rawatan-rawatan tersebut:
1) Senaman regangan yang dilakukan secara pasif oleh fisioterapi dan akan diajar kepada ibu bapa untuk dilakukan di rumah.
2) Senaman untuk meningkatkan keseimbangan otot dengan memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang posisi dan postur yang betul untuk bayi.
3) Penggunaan haba untuk mengurangkan kekejangan otot (perlu dapatkan nasihat fisioterapi)
4) Penggunaan kolar leher sekiranya perlu.
Apapun, jika melihat kondisi bayi tidak normal dan 'membimbangkan' , segeralah mendapatkan nasihat pakar untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Jangan berlengah-lengah lagi! Moga bermanfaat.