Tutup pintu dan tingkap sebelum maghrib, wajib buat dan pesan pada anak-anak kita... 

Iklan
Untitled design (70)

SEBELUM waktu maghrib menjengah, ramai yang kelam-kabut menutup pintu dan tingkap rumah. Apatah lagi jika di dalam kediaman berkenaan ada bayi atau anak kecil.

Teringat pesanan ibu dan orang dulu-dulu. Pantang betul jika nampak tingkap terbuka apabila hari sudah hampir gelap.

Iklan
Iklan

Berbuih-buih mulut mereka sering mengingatkan kita berbuat demikian sejak kita masih kecil lagi.

"Syaitan akan masuk kalau tak tutup pintu dan tingkap waktu senja."

Iklan

Demikian bait-bait kata yang sering kali diungkapkan oleh orang dulu-dulu.

Hakikatnya, memang itulah panduan yang diajar oleh Islam. Ketika masuknya waktu senja, syaitan akan berkeliaran.

Iklan

Dari sudut bahasa, syaitan bermaksud jauh daripada kebenaran. Adapun dari sudut istilah pula, ia bermaksud setiap yang memberontak sama ada daripada kalangan jin atau manusia serta bersifat atau melalui jalan kejahatan.

Berbalik kepada perbuatan tadi, sememangnya kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu senja.

Ketika itulah waktu syaitan sedang berkeliaran.

Ada sebuah hadis sahih yang boleh kita jadikan panduan apabila tibanya waktu senja.

Ramai ulama yang mensyarahkan hadis berkenaan. Imam Ibn Abd al-Bar (463 Hijrah) misalnya berkata bahawa hadis ini menunjukkan perintah (arahan) menutup pintu-pintu pada malam hari (apabila tibanya senja). Itu adalah sunah yang diperintah akannya sebagai tanda kasih kepada manusia daripada (terkena kecelakaan atau keburukan) syaitan manusia dan jin. (Lihat: al-Istizkar, 363/8) 

Selain itu juga, Imam al-Nawawi (676 Hijrah) berkata: "Hadis ini mempunyai banyak faedah berkaitan kebaikan dan adab yang melibatkan maslahah akhirat dan dunia. Maka, Nabi Muhammad SAW mengajar adab-adab ini yang merupakan sebab terselamatnya daripada kecelakaan syaitan dan ALLAH SWT menjadikan sebab-sebab ini agar menjadi penyebab terselamatnya kita daripada kecelakaan atau keburukan syaitan ini."

Seperkara, maksud menahan anak itu adalah melarang mereka daripada keluar pada waktu. Ini kerana, dibimbangi anak tersebut terkena kejahatan syaitan itu disebabkan banyaknya mereka (syaitan). (Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 185/13) 

Bukan itu sahaja, Imam Khatib al-Syarbini (977 Hijrah) menyatakan bahawa sunat menutup pintu ketika masuknya senja. (Lihat: Mughni al-Muhtaj, 139/1) 

Justeru, kita disunatkan untuk menutup pintu atau tingkap apabila tiba waktu senja.

Memetik kata-kata seorang ulama, Ibn Daqiq al-'Aid (702 Hijrah) berkata:"Pada perintah agar ditutup pintu-pintu adalah melibatkan maslahah agama dan dunia yang mana dengan itu akan memelihara diri dan harta daripada orang yang sia-sia dan merosakkan terutamanya syaitan-syaitan.” (Lihat: Fath al-Bari, 87/11) 

Semoga kita terselamat daripada perbuatan syaitan yang terkutuk itu. Moga kita sentiasa dalam peliharaan-NYA dan terhindar daripada perkara yang tidak baik.

Sumber: Irsyad Al-Hadith siri ke-255: Perkara Sunat Ketika Maghrib, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Freepik