Lupakan warna hitam, nuansa terang pilihan hijabi moden

Iklan
237BC54D-65DB-4C50-9CD8-2E086FB46C15

SETIAP wanita sentiasa ingin tampil cantik. Baik berhijab mahupun tidak, bagi yang skeptikal tentang keterampilan, tatkala keluar rumah pasti akan memastikan penampilan diri.

Dari hujung rambut hingga hujung kaki, golongan itu mahu kelihatan kemas dan stailo mengikut trend semasa.

Iklan
Iklan

Namun begitu, apabila berbicara soal fesyen dan tatarias, sesetengah wanita berhijab dikatakan malu untuk bergaya berlebihan. Bimbang stail yang dipraktikkan tidak bersesuaian dengan imej bertudung.

Persoalannya, siapa kata imej berhijab tidak membolehkan para Muslimah bergaya? Sebenarnya boleh saja asalkan bijak memilih konsep suai dan padan yang menarik, namun sopan.

Iklan

Selain itu, buat wanita berhijab di luar sana lupakan seketika selendang, blaus atau gaun rona gelap seperti hitam, kelabu dan coklat.

[caption id="attachment_14536" width="1024"] PENGACARA Hawa Rizwana (kiri) dan pelakon, Lisa Surihani tampak menyerlah dalam persalinan dan hijab rona terang.[/caption]

Iklan

Tiada salahnya sekali-sekala menggayakan item fesyen warna kontra dan terang yang secara tidak langsung inisiatif itu menyuntik mood penampilan ceria.

Tiada idea? Jangan bimbang kerana segmen #OOTD minggu ini berkongsi koleksi foto selebriti berhijab yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram peribadi mereka.

Biarpun bertudung, para selebriti tempatan bijak bereksperimentasi. 

Ramai yang berani menyarungkan busana palet rona terang ketika menghadiri majlis hiburan, program televisyen, bersantai ataupun bercuti.

[caption id="attachment_14538" width="1024"] SELEBRITI Bella Dally (kiri) dan Manggis masing-masing memilih selendang dan busana palet rona ceria.[/caption]