18 titik kesakitan yang tidak diketahui punca, mungkin dek derita fibromyalgia

Iklan

SETIAP hari pasti ada kawasan tubuh badan kita yang lenguh-lenguh dan kadangkala ia berlarutan.

Begitu juga ada yang mengalami kesakitan yang tidak diketahui punca di sekitar tengkuk dada, bahu, siku, pinggul dan lutut.

Iklan
Iklan

Merujuk Public Health Malaysia, ia mungkin fibromyalgia.

Penulis yakin, hanya yang mengalaminya tahu betapa sakitnya derita fibromyalgia.

Iklan

Betul tak?

Kalau korang nak tahu, selebriti terkenal Lady Gaga dan Morgan Freeman juga antara penderita kepada masalah itu tau...

Iklan

Untuk pengetahuan korang, ada 18 titik kesakitan yang telah dikenal pasti bagi pesakit fibromyalgia.

Lokasi-lokasi tersebut apabila ditekan akan mengakibatkan kesakitan yang sangat ketara.

Namun begitu, titik kesakitan berkenaan tidak sentiasa ada.

Perlu diketahui juga, dalam keadaan yang serius ia menyebabkan pesakit sukar untuk bergerak dan bangun pagi adalah antara waktu paling sukar.

Sekiranya korang mengalami gejala-gejala tersebut secara berterusan dan mula menjejaskan kehidupan seharian, dapatkan pemeriksaan dengan segera.

Ingat, elakkan mengambil ubat tahan sakit tanpa pemantauan doktor atau mengambil produk yang tidak diketahui kandungannya. Ia akan lebih menambah kepada risiko kesihatan lain pula!

Moga bermanfaat.