Apabila kita bermimpi ibu bapa yang telah meninggal...

Iklan
Mimpi ibu bapa yang telah meninggal

KEHILANGAN orang tersayang dalam keluarga amat memeritkan. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana peritnya rasa itu.

Apatah lagi, jika kehilangan kedua-dua insan yang telah melahir dan membesarkan kita. Sesungguhnya, ibu dan ayah tiada galang gantinya.

Iklan
Iklan

Kadangkala apabila terlalu rindu, segala kenangan manis bersama mereka seakan-akan terlayar di ruang fikiran. Malah, ada yang bermimpi ibu bapa mereka yang telah tiada.

Walaupun sebahagian masyarakat yang menganggap mimpi hanya mainan tidur, tetapi masih ada yang percaya bahawa mimpi membawa petanda tertentu. Tidak kiralah sama ada baik ataupun sebaliknya.

Iklan

"Aku mimpikan arwah mak dan ayah malam tadi. Mesti sebab aku jarang-jarang doakan mereka. Sebab itulah aku mimpi agaknya. Mereka tak senang di alam sana."

Demikian antara anggapan segelintir masyarakat andai kita bermimpikan insan tersayang yang telah lama tiada.

Iklan

Adakah memang benar mimpi kedua orang tua yang telah meninggal dunia itu tanda mereka tidak tenang di alam barzakh sehingga masuk dalam mimpi kita?

[caption id="attachment_14929" width="1024"] BERBAKTILAH kepada ibu bapa jika mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kedua-dua mereka.[/caption]

Paling penting, kata pendakwah itu, anak-anak perlu memperbanyakkan berdoa untuk kedua-dua ibu bapa masing-masing. Paling kurang lima kali sehari.

"(Berdoa untuk kedua-dua orang tua kita) sama ada mereka masih hidup, lebih-lebih lagi jika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

"Jika dianugerahkan mimpi bertemu mereka, itulah salah satu nikmat sebenarnya," katanya.

Justeru, janganlah sesekali kita lupa untuk mendoakan kedua-dua ibu bapa kita sama ada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Paling tidak pun, doakan mereka setiap kali selesai menyempurnakan solat fardu.

Ingatlah bahawa kewujudan kita pada hari ini juga disebabkan oleh mereka.

Kepada mereka yang masih ada orang tua, hargailah mereka. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Berbaktilah kepada mereka selagi ada kesempatan dan doakan kesejahteraan kedua-duanya.

Sumber: Instagram syedbakri_alyahyaofficial