Mudahnya bikin popia seaweed... ringan, rangup je hasilnya

Iklan
Untitled design - 2020-07-15T144151.030

DUA tiga tahun ini nampaknya makanan ringin homemade yang ringkas dan menarik ini mula mendapat tempat di hati peminat jajan.

Jika tahun-tahun sebelumnya barangkali ia hanya popular pada setiap kali hari raya. Tak lama lagi pun kita akan menyambut Hari Raya Korban, pastinya kerepek ini boleh 'diselitkan' sebagai juadah ringan untuk tetamu.

Iklan
Iklan

Ringkas, ringan dan rangup, sudah tentu sambil menonton TV atau bersembang bersama rakan dan sanak saudara dengan pesanan, 'jangan lupa jaga penjarakkan sosial', sedar-sedar kerepek ini dah licin tanpa disedari.

Menurut perkongsian page Facebook, Kukunyah Popia Seaweed, popia ini tidak dinafikan antara menu wajib bagi yang suka makan sesuatu yang rangup.

Iklan

Ini antara versi yang boleh dikatakan baru di era ini. Banyak jenis sebenarnya, sebelum ini ada popia nestum dan popia goreng pedas pun rangup jugak.

Berikut resipi yang dikongsikan:

Iklan

Resipi Popia Seaweed:

2 pek kulit popia FIGO

1 pack seaweed (rm15)

Ada 400pcs da siap potong (rujuk gambr)

Untuk sapuan kulit popia:

8 biji telur (bancuh untuk 4 biji dulu)

Perasa nasi goreng saji atau serbuk pati ayam pun okey

Sedikit serbuk lada putih

Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya:

1. Sapuan untuk lapis pertama

2. Untuk sapuan. Bancuh empat biji telur, lada sulah dan rempah nasi goreng secukup rasa.

3. Selepas sapu telur, lekatkan seaweed

4. Selepas letak seaweed, sapukan telur dan akhir sekali lapiskan kulit popia.

5. Gulung atau lipat dan sejukkan dalam peti ais 1 jam dan terus potong kecil-kecil. Akhir sekali, goreng dan siaapp....!!

Selamat mencuba!