SIAPA tidak kenal dengan Bella, jurusolek popular di media sosial yang sentiasa menjadi perhatian warganet setiap kali muncul secara live untuk bermekap.
Memang cantik wanita kacukan Turki-Melayu yang juga pemilik laman 'Makeup By Bellaz' ini sehinggakan wajahnya menjadi potrait lukisan @amiruldanial_art.
Apa yang menarik mengenai perkongsian Bella, cara lukisan itu diwarnakan hanya menggunakan pensel warna, namun hasilnya memang tip top.
Masakan tidak, setiap kali pensel itu menari-nari atas kertas, mata warganet teruja dengan cara olahan yang sangat kreatif sebijik seperti dalam gambar sebenar.
Bak kata Bella:
Betullah orang kata, kalau sudah tangan seni, buat apa pun jadi.
Menjengah sekejap akaun instagram @amiruldanial_art, memang banyak rupanya potret artis tempatan. Youtuber terkenal macam Sugu Pavitra pun ada tau!
Meh cuci mata tengok video yang dikongsikan dalam media sosial dan jangan lupa beri sokongan buat adik Amirul ni ya...