Mira Filzah bakal akhiri zaman bujang

Iklan
Untitled design (10)

PELAKON dan pengacara Mira Filzah Badieozaman, 27, mengesahkaN bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini.

Tidak mengiya, mahupun menafikan majlis tersebut bakal berlangsung pada bulan Oktober depan, Mira mengakui dia kini sudah dipinang seseorang.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH saya sudah bersedia bergelar isteri. Alhamdulillah tiada rintangan yang dilalui sepanjang tempoh ini (bergelar tunangan orang).

"Buat masa ini persiapan masih berjalan. Insya-ALLAH, apa sahaja nanti pun media akan dijemput, lebih-lebih lagi sudah ada kebenaran jemputan lebih 250 orang untuk sesebuah majlis.

Iklan

"Cuma buat masa sekarang, saya masih sibuk menyiapkan kerja seni yang tertangguh dalam masa dua bulan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran saluran tv penstriman Nurflix di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini.

Biarpun tidak berkongsi gerangan jejaka yang berjaya mencuri hatinya, namun rata-rata sudah maklum bahawa lelaki istimewa itu adalah arkitek, Wan Emir Astar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar, 30.

Iklan

Ditanya mengenai keterbukaannya berkongsi kemesraan menerusi media sosial, Mira berkata, dia masih menjaga batasannya.

"Saya tidaklah terbuka sangat, saya biasa-biasa sahaja dan saya still ‘keep it low’.

"Setakat ini bakal suami tidak ada halangan untuk saya teruskan kerjaya seni. Insya-ALLAH nanti boleh tanya dia sendiri mengenai hala tuju kerjaya saya selepas bergelar isteri. Dia adalah orang yang terbaik boleh menjawab soalan itu,” ujarnya.