Kentut asyik berbau diikuti 6 tanda ini, sebaiknya segera rujuk doktor

Iklan
kentut

KENTUT atau dalam bahasa medik disebut dengan flatus adalah proses biologi yang normal, terjadi secara berulang serta rutin. Tiada apa hendak dihairankan, ia menjadi hal yang lumrah pada setiap orang.

Akan tetapi, jangan tak tahu, kadangkala ada pesakit yang melakukan operasi pada bahagian sistem pencernaan yang mana kentut menjadi kayu ukur kepada kondisi ‘pulihnya’.

Iklan
Iklan

Menurut Dr Samhan di Facebooknya, bau kentut adalah gas yang dihasilkan oleh bakteria yang menguraikan makanan di usus.

Iklan

Jadi, apa sebenarnya punca kentut berbau. 'Sihatkah' seseorang itu jika kentutnya berbau ?

Kata Dr Samhan, antara sebab-sebabnya adalah makanan tidak hadam, makanan yang mempunyai tinggi serat, kesan ubat, sembelit, bakteria dan kanser.

Iklan

Menjelaskan lanjut mengenai itu, makanan yang akan menyebabkan kentut berbau adalah bawang, bawang putih, kekacang, telur, daging, brokoli, kubis, keju dan alkohol.

Antaranya adalah:

1. Makan dengan kuantiti yang kecil

2. Elakkan makanan yang menyebabkan kentut busuk

3. Minum air yang lebih banyak

4. Makan dengan perlahan

5. Elakkan minuman gas

6. Makan yogurt dan probiotik

"Jangan risau, majoriti kentut berbau adalah normal, tetapi mungkin perlu pemeriksaan lanjut jika hilang berat badan, najis berdarah, sembelit berpanjangan, sakit dan pedih dalam perut dan perut sentiasa kembung,” jelas Dr Samhan.

Jadi, sebenarnya bau kentut korang itu bergantung kepada apa makanan yang dimakan tau! Jom jaga kesihatan.