YA, hidup di dunia ini bukanlah mudah. Begitupun kita harus menghadapinya dengan tenang dan tabah. Kadang apa yang berlaku membuatkan kita geram dan kecewa.
Bagaimanapun sedarilah, setiap kali kita berasa marah atau rasa tertekan, kesihatan jantung boleh terjejas. Ini kerana stres berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, salah satu daripada tiga penyumbang utama kepada sakit jantung.
Berikut merupakan beberapa panduan untuk menguruskan stres, mengawal tekanan darah, dan menjaga kesihatan jantung kita:
1. AMALKAN PENGURUSAN MASA
Luangkan masa yang secukupnya untuk setiap tugasan. Sikap realistik membantu menilai masa yang diperlukan dan elakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.
2. HADKAN KOMITMEN
Tentukan keutamaan dan"tunda” tugasan berdasarkan kepentingan setiap pilihan. Ini mampu meringankan bebanan dan memberikan lebih masa peribadi untuk relaks.
3. KENALI SITUASI & TERIMA
Kenali perkara dan situasi dalam atau luar kawalan. Terima realiti yang tidak mampu dikawal dan fokus kepada perubahan yang boleh kita lakukan.
4. SELESAIKAN SEGERA
Kenali masalah yang boleh kita atasi dan ambil langkah penyelesaian yang sewajarnya. Mintalah bantuan jika kita memerlukannya.
5. AMBIL MASA UNTUK RELAKS
Tarik nafas dan rehatlah selama 15 hingga 20 minit dalam suasana yang tenang.
6. MENJALIN HUBUNGAN YANG POSITIF
Rapatkan hubungan yang menyokong dan membina peribadi positif anda.
7. KEKAL AKTIF
Sertai sebarang aktiviti fizikal yang korang suka. Jangan tak tahu, senaman juga boleh membantu melegakan stres.
8. SENTIASA POSITIF
Fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. Ini akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan.
9. LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN
Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti hobi, kerja sukarela, luangkan masa untuk orang tersayang, atau perkara lain yang membawa kebahagiaan kepada diri sendiri. Buatlah rancangan yang akan korang nikmati kerana ia merupakan kunci kepada kehidupan yang bebas stres dan penuh bermakna.
10. AMALKAN DIET YANG SEIMBANG
Dengan mengamalkan diet yang seimbang, ia akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk membantu mengurus stres dan mengekalkan tekanan darah yang sihat.
Sumber: //www.anlene.com