Lelaki harus buat 4 perkara ini untuk elak bau badan

Iklan
cantik lelaki

GOLONGAN jejaka sering dikaitkan dengan masalah rambut berkelemumur dan bau badan (bromhidrosis) yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan orang sekeliling.

Ingat ya, jika masalah tersebut tidak diatasi segera secara tidak langsung menyebabkan para lelaki kurang keyakinan diri apabila berdepan di khalayak.

Iklan
Iklan

Jom Segmen Cantik hari ini berkongsi 4 tip yang membantu menangani masalah bau badan.

1 Kerap mandi

Iklan

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan air suam.

Iklan

Pastikan aliran air meliputi semua bahagian badan terutamanya kawasan berambut dan kawasan utama bakteria membiak seperti ketiak.

Selain itu, bersihkan anggota badan dengan krim mandian mengikut jenis kulit dan gaya hidup serta antibakteria.

2 Deodoran

Sebelum keluar rumah ke pejabat atau melakukan aktiviti harian jangan lupa memakai deodoran pada ketiak bagi menghalang penghasilan peluh secara berlebihan.

Langkah tersebut juga membantu mencegah bakteria membiak hingga menyebabkan bau badan kurang menyenangkan.

3 Cuci rambut

Jangan ambil ringan soal kebersihan kepala kerana rambut juga antara punca mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Peluh di atas kulit kepala akan melekat pada helaian rambut lalu mengeluarkan bau, sekali gus menyebabkan kulit rambut berkelemumur dan berminyak.

4 Haruman

Pilih minyak wangi yang mana aromanya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut.

Sembur haruman pada kulit yang mempunyai aliran darah seperti bahagian tangan, leher dan telinga khususnya.

 

Foto: Freepik, www.ethicalelephant.com, www.forbes.com