Basikal canggih khas atlet, penggemar kecergasan

Iklan

GARMIN Malaysia melangkah setapak  ke hadapan dengan memperkenalkan rangkaian basikal kegunaan di dalam Tacx dan roller pelatih pintar seperti Neo 2T Smart, Flux 2 Smart, Flux S Smart termasuk roller pelatih Antares dan Galaxia.

Basikal berkenaan direka sesuai untuk kegunaan atlet profesional sukan berbasikal dan penggemar kecergasan.

Iklan
Iklan

Kehadiran alatan itu bertepatan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mendorong banyak pihak untuk melakukan senaman di rumah.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Garmin Malaysia, Ivan Ong berkata, inovasi terbaharu itu diyakini dapat meningkatkan tahap latihan basikal kepada kumpulan sasaran.

Iklan

"Peralatan pelatih berkenaan dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti pertukaran gear maya dan beberapa paparan yang digabungkan. Pendek kata, rangkaian Tacx benar-benar memberikan pengalaman mirip menunggang di luar yang sebenar," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Penulis: Mazlina Abdul Majid     

Iklan