‘Oh terima kasih
Tuhan Kau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya
Menjalani cinta
Yang ku pikir tak ada
Takkan ku tukar dengan apapun didunia…’
Begitulah antara bait-bait lagu terbaharu Bunga Citra Lestari (BCL), 12 Tahun Terindah hasil nukilan lirik oleh BCL sendiri dan muzik oleh Ifa Fachir.
Single terbaharu BCL itu menceritakan kisah hidup rumah tangganya bersama suami, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung di kediaman mereka pada pagi 18 Februari lalu.
Malah dalam masa kurang 24 jam selepas dimuat naik di saluran YouTube miliknya, muzik video 12 Tahun Terindah yang digarap sendiri oleh adik Ashraf, Adam Sinclair sudah meraih lebih 4.3 juta tontonan.
Rata-rata peminat mengakui tidak dapat menahan sebak biarpun belum seminit lagu tersebut dimainkan.
[embed]https://youtu.be/EKB9Mftcetg[/embed]
Bukan itu sahaja, BCL yang turut berkongsi reaksi rakan artis dari Malaysia dan Indonesia juga memperlihatkan masing-masing menahan sebak dan tidak kurang ada yang mengalirkan air mata.
BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 18 November 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aidan Sinclair, 10 tahun.
Dalam pada itu, Adam yang berkongsi gabungan video ahli keluarganya mendengar lagu terbaharu BCL menerusi perkongsian di Instagramnya turut sama tidak dapat menahan sebak dan masing-masing dilihat mengalirkan air mata.
"Saya fikir ok untuk melakukan ini, tetapi hanya duduk dan mendengar lagu ini telah membuatkan saya sungguh tersentuh.
"Dan dari semua emosi yang saya rasa, saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan awak, Bunga dan Noah. Sangat bangga dan sayang dengan awak berdua,” tulisnya.
[embed]https://www.instagram.com/p/CCx6ObcDXMG/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]